• Tender / Quotation
  • Malay
  • English
ikimikim
Contact Us
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Operating Hours
Mon - Fri 08:00 - 17:30
Email
[email protected]
  • MAIN
  • CORPORATE INFO
    • CORPORATE INFO
    • Chairman’s Message
      • Chairman’s Message
      • Chairman’s Office
    • Basic Information
      • Basic Information
      • Introduction & The Establishment
      • Objective & Quality Policy
      • Functions, Vision, Mission & Shared Values
      • Client’s Charter
      • Logo
      • Organisation Chart
      • Function Chart
      • Academic Officer CV
      • Profile in Trust Academic Officer
    • Board of Directors
    • Top Management
      • Top Management
      • Director-General’s Office
    • Senior Management
    • Director-General’s Office
      • Director-General’s Office
      • Editorial Unit
      • Corporate Relations Unit
      • Library Unit
      • IKIM Press
      • Programmes & Training Unit
      • Research Management Unit
    • Academic
      • Academic
      • Centre for Economics & Social Studies (EMAS)
      • Centre for the Study of Shari’ah, Law & Politics (SYARAK)
      • Centre of Science & Environment Studies (KIAS)
    • Financial Management & Investments Division
    • Management Services
      • Management Services
      • Director’s Office (BKP)
      • Administration and Procurement Unit
      • Innovation & Quality Unit
      • Technical and Infrastructure Unit
      • Information and Communication Technology Unit
      • Human Capital Unit (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Broadcast Engineering Unit
      • Digital Technology Unit
    • tvIKIM
    • Economy and Marketing Division
      • Economy and Marketing Division
      • Economic Development & Credit Control Unit
      • Marketing & Promotion Unit
    • Recruitment
  • PRODUCT & SERVICES
    • PRODUCT & SERVICES
    • Programmes
    • Publisher & Production
      • Publisher & Production
      • Book Catalogue
      • Publications IKIM
      • Audio & Video Product
      • Special Collection on Ethics
    • Consulting
      • Consulting
      • Academic Officer Expert Service
    • Advertisement @ Radio IKIM
    • Advertisement @ TVIKIM
    • Advertisement @ Digital Platform
    • Event Management
  • MEDIA
    • MEDIA
    • List of Authors
    • Article List
      • Article List
      • Web Article
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • Utusan Malaysia
      • The Star
      • New Straits Times
    • Bulletin
      • Bulletin
      • e-Bulletin
      • Monthly Bulletin
    • Text
    • Media Statement
    • Download
    • Video
      • Video
      • Corporate Video
      • Video tvIKIM
  • CONTACT
    • CONTACT
      • Detail Contact

        Address :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        Phone :

        +60 3-6204 6200

        Email :

        [email protected]

    Official Website: Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM) Official Website: Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM)
    • MAIN
    • CORPORATE INFO
      • CORPORATE INFO
      • Chairman’s Message
        • Chairman’s Message
        • Chairman’s Office
      • Basic Information
        • Basic Information
        • Introduction & The Establishment
        • Objective & Quality Policy
        • Functions, Vision, Mission & Shared Values
        • Client’s Charter
        • Logo
        • Organisation Chart
        • Function Chart
        • Academic Officer CV
        • Profile in Trust Academic Officer
      • Board of Directors
      • Top Management
        • Top Management
        • Director-General’s Office
      • Senior Management
      • Director-General’s Office
        • Director-General’s Office
        • Editorial Unit
        • Corporate Relations Unit
        • Library Unit
        • IKIM Press
        • Programmes & Training Unit
        • Research Management Unit
      • Academic
        • Academic
        • Centre for Economics & Social Studies (EMAS)
        • Centre for the Study of Shari’ah, Law & Politics (SYARAK)
        • Centre of Science & Environment Studies (KIAS)
      • Financial Management & Investments Division
      • Management Services
        • Management Services
        • Director’s Office (BKP)
        • Administration and Procurement Unit
        • Innovation & Quality Unit
        • Technical and Infrastructure Unit
        • Information and Communication Technology Unit
        • Human Capital Unit (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Broadcast Engineering Unit
        • Digital Technology Unit
      • tvIKIM
      • Economy and Marketing Division
        • Economy and Marketing Division
        • Economic Development & Credit Control Unit
        • Marketing & Promotion Unit
      • Recruitment
    • PRODUCT & SERVICES
      • PRODUCT & SERVICES
      • Programmes
      • Publisher & Production
        • Publisher & Production
        • Book Catalogue
        • Publications IKIM
        • Audio & Video Product
        • Special Collection on Ethics
      • Consulting
        • Consulting
        • Academic Officer Expert Service
      • Advertisement @ Radio IKIM
      • Advertisement @ TVIKIM
      • Advertisement @ Digital Platform
      • Event Management
    • MEDIA
      • MEDIA
      • List of Authors
      • Article List
        • Article List
        • Web Article
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • Utusan Malaysia
        • The Star
        • New Straits Times
      • Bulletin
        • Bulletin
        • e-Bulletin
        • Monthly Bulletin
      • Text
      • Media Statement
      • Download
      • Video
        • Video
        • Corporate Video
        • Video tvIKIM
    • CONTACT
      • CONTACT
        • Detail Contact

          Address :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          Phone :

          +60 3-6204 6200

          Email :

          [email protected]

      Utusan Malaysia

      Membudayakan Ramadan Tanpa Pembaziran

      • Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen B Shaikh Mohd Salleh
      • 17/03/2023

      Tidak lama lagi, kita akan bertemu dengan bulan Ramadan al-Mubarak. Ramadan ialah bulan yang amat dinanti-nanti. Bulan yang mulia ini penuh dengan ganjaran pahala buat umat Islam. Dalam mengejar pahala yang disediakan ini, adalah penting bagi kita untuk memastikan bahawa kita tidak mensia-siakan pahala tersebut dengan perbuatan membazir yang turut memberi kesan kepada alam sekitar.

      Sekiranya kita ingin meraih keberkatan dan ganjaran pada bulan yang mulia ini, maka kita bukan sahaja perlu menjaga hubungan kita dengan Allah SWT, malah kita perlu memastikan agar hubungan kita sesama manusia dan juga hubungan kita dengan alam sekitar juga dijaga. Ketiga-tiga dimensi hubungan ini perlu dipelihara kerana ia menjadi sebahagian daripada tanggungjawab kita kepada Allah SWT. Ramadan sebenarnya membuka peluang yang baik untuk meningkatkan kualiti hubungan tiga dimensi ini.

      Satu perkara yang jelas ialah bulan Ramadan menjadi bulan yang memberi penekanan kepada kehidupan bermasyarakat. Selepas matahari terbenam, umat Islam akan berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan, atau komuniti setempat. Iftar secara beramai-ramai mampu mempererat silaturahim dan ukhwah sesama ahli keluarga dan masyarakat. Bagaimanapun, kita perlu memastikan agar dalam menyediakan hidangan makanan, kita tidak melakukan perkara yang menyumbang kepada pencemaran alam.

      Kelazimannya dalam penyediaan makanan untuk ramai orang, kutleri dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik dan styrofoam akan digunakan bersama botol plastik dan minuman tin atau cawan pakai buang. Hal ini membawa kepada peningkatan pembuangan sisa. Sebagai tambahan kepada sisa ini, akan ada pula sisa makanan yang tidak habis dimakan yang turut dibuang.

      Di Malaysia, statistik menunjukkan bahawa kira-kira 16,000 tan sisa makanan dihasilkan setiap hari. Pada hari-hari penting seperti Ramadan, Hari Raya dan Tahun Baru Cina, sisa makanan dianggarkan meningkat sebanyak 25%. Masalah ini sebenarnya tidak unik bagi Malaysia sahaja. Dalam tempoh 30 hari di Jerman misalnya,  2,750 masjid menghasilkan kira-kira  480 juta kilogram sisa plastik, iaitu kira-kira 3.5 peratus daripada sisa tahunan Jerman. Jadi umat Islam menghasilkan lebih banyak sisa plastik di bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.

                  Walaupun data ini mungkin sukar diterima, hakikatnya pembaziran berlaku dengan berleluasa pada bulan Ramadan. Perkara ini bertentangan dengan hakikat bahawa Ramadan seharusnya menjadi bulan yang mendidik umat Islam supaya bersederhana dan tidak membazir. Apatah lagi terdapat larangan keras terhadap perbuatan boros dan membazir seperti firman Allah SWT menerusi ayat 27 Surah al-Isra’ yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

      Pada bulan Ramadan tahun ini, kita seharusnya membuat pilihan untuk berbuka puasa dan beribadah dengan cara yang lestari selaras dengan adab dan etika Islam. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah penggunaan air secara berhemah. Air penting untuk kehidupan semua makhluk termasuk manusia. Dalam kehidupan seharian, kita menggunakan air dalam memasak dan mencuci termasuk untuk berwuduk. Sehubungan itu, dalam kita memberi tumpuan kepada ibadah sepanjang Ramadan, pastikan pembaziran air tidak berlaku.

      Apabila kita menyediakan makanan sama ada dengan memasak sendiri atau membeli, pastikan ia dilakukan secara bersederhana. Sediakan makanan mengikut keperluan diri dan keluarga, dan bukan mengikut nafsu. Perkara ini bukan sahaja lebih mesra kepada alam sekitar dan menjimatkan wang, malah merupakan satu cara untuk mengelakkan pembaziran selaras dengan ajaran Islam.

      Pembaziran makanan merupakan satu realiti terutamanya di negara-negara maju dan membangun. Di seluruh dunia, dianggarkan sebanyak 1.3 bilion tan makanan dibuang setiap tahun. Pembaziran ini sebenarnya boleh dielakkan sekiranya kita mempunyai kesedaran yang tinggi tentang nilai makanan, bukan sahaja dari sudut wang ringgit, malahan dari sudut rohani dan alam sekitar.

      Secara purata, keluarga di Malaysia membazirkan antara 500 hingga 800 gram makanan setiap hari. Pembaziran ini menyebabkan kerugian sebanyak RM210 sebulan bagi setiap isi rumah yang membawa kepada kira-kira RM2,600 setahun jumlah kerugian setahun. Satu kajian mendapati bahawa pada bulan Ramadan, penyumbang terbesar sisa makanan ialah isi rumah (38%) berbanding pasar basah (25%), restoran (23%) dan hotel (7%).

      Data SWCorp juga menunjukkan bahawa jumlah sisa makanan yang dibuang di Malaysia adalah sebanyak 5,475,000 tan setahun, dan jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding penghasilan beras negara iaitu hanya 2,650,000 tan setahun. Hal ini menunjukkan bahawa sebenarnya kita membazirkan lebih banyak makanan berbanding jumlah beras yang dihasilkan.

                  Dalam hubungan ini, firman Allah SWT dalam ayat 31 Surah al-A’raf seharusnya dijadikan peringatan, “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau. Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”

                  Menjadi suatu perkara yang amat merugikan sekiranya sikap kita terhadap pembaziran makanan tidak selari dengan kehendak ajaran Islam. Bulan Ramadan sebenarnya menyediakan platform untuk kita meningkatkan kualiti takwa kita kepada Allah SWT. Memandangkan kita masih mempunyai sedikit masa lagi sebelum Ramadan bermula, maka seelok-eloknya kita perlu mempersiapkan diri bukan sahaja untuk memberi tumpuan kepada pelbagai ibadah sepanjang Ramadan ini, malah perlu juga diberikan tumpuan untuk membudayakan Ramadan tanpa pembaziran.

                  Usaha pembudayaan Ramadan tanpa pembaziran juga merupakan satu bentuk ibadah umum yang menzahirkan pemeliharaan hubungan kita dengan alam, yang seterusnya mampu mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan meningkatkan ketakwaan kita.

      Share

      Search Article

      • RADIO IKIM
      • IKIMTV
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – IKIM JOURNAL
      • LIBRARY
      • RECRUITMENT
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • FAQ
      • TENDER & QUOTATION

      FEATURED HADITH

      Allah's Messenger (ﷺ) said, "Allah will not be merciful to those who are not merciful to mankind."

      (Sahih al-Bukhari)

      STAFF @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • Portal MyIKIM
      • IDAM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik
      • Majlis Bersama Institut

      OFFICIAL LINKS

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR CODE

      DISCLAIMER

      Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) is not liable for any loss or damage that caused by the usage of any information obtained from this website.

      INFORMATION

      • Privacy Policy
      • Frequently Asked Questions

      logo ikim edit shadow smallCopyright © 2023 Institute of Islamic Understanding Malaysia. All Rights Reserved.

      • Main Main
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter