Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)

Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar atau nama Inggerisnya, Centre for Science and Environmental Studies, diringkaskan menjadi KIAS: Kajian Sains dan Alam Sekitar. Nama singkatan (akronim) “KIAS” merupakan perkataan sedia ada dalam Bahasa Melayu (kias) yang asalnya berpunca daripada Bahasa Arab (qiyas). Qiyas secara istilahi dalam Ilmu Usul Fiqh merujuk kepada reasoning by analogy atau analogical reasoning manakala, dalam Ilmu Mantik (logik), bermaksud syllogistic reasoning. Kedua-duanya adalah antara kaedah berfikir yang penting dalam apa-apa bidang ilmu, termasuk dalam Bidang Sains.

Fungsi
Memberi kefahaman Islam melalui aktiviti penyelidikan, penganjuran program, penerbitan, perundingan, penulisan dan penyampaian.

Orientasi Keseluruhan KIAS

Secara umumnya, orientasi KIAS dari segi akademik menyerupai tumpuan dan luasan pusat atau jabatan di institusi-institusi pengajian tinggi yang mengendali lapangan atau bidang yang dikenali sebagai Pengajian Sains dan Teknologi atau Science and Technology Studies(STS). Bidang ini dari sudut hubungannya dengan pelbagai bidang sains tulen bersifat meta-discipline atau second-order discipline dan menjurus kepada penyelidikan dan penelitian ilmiah tentang isu-isu pemikiran dan falsafah, nilai dan akhlak, sosio-ekonomi-politik dan yang seumpamanya yang terbit dari atau melatarbelakangi perkembangan dan pembangunan Sains dan Teknologi.

Bidang tumpuan KIAS

• Teori dan Sosiologi Ilmu (Theory and Sociology of Knowledge)
• Sejarah dan Falsafah Sains (History and Philosophy of Science)
• Sains, Nilai dan Etika (Science, Values and Ethics)
• Pendidikan Sains (Science Education)
• Alam Sekitar (Environment)
• Sains Kesihatan (Health Sciences)
• Kajian Masa Depan (Future Studies)

Bidang Pengkhususan dan Kepakaran Pegawai KIAS

Pegawai Berkenaan Pengkhususan Bidang Ilmiah:
Dr. Nor Azaruddin Husni bin Haji Nuruddin
Felow Kanan / Pengarah Pusat
E-mel: [email protected]
Nanoetika dan Kajian Masa Hadapan
(Nanoethics and Future Studies)
Puan Azrina binti Sobian
Felow
E-mel: [email protected]
Pendidikan Sains dan Komunikasi Sains
(Science Education and Science Communication)
Puan Norkumala binti Awang
Felow
E-mel: [email protected]
Pemakanan dan Sains Kesihatan
(Nutrition and Health Sciences)
Puan Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin
Felow
E-mel: [email protected]
Alam Sekitar dan Biodiversiti
(Environment and Biodiversity)
Dr. Muhammad Husni bin Mohd Amin
Felow
E-mel: [email protected]
Sejarah dan Falsafah Teknologi ; Falsafah Peperangan dan Kajian Ketenteraan Islam
(History and Philosophy of Technology; Philosophy of War and Islamic Military Studies)
Encik Mohammad Mustaqim bin Malek
Pegawai Penyelidik Kanan
E-mel: [email protected]
Fiqh dan Etika Perubatan ; Penjagaan Akhir Hayat
(Medical Fiqh; End-of-Life Care)

 

Pelaksana
 Puan Roziana binti Roslan
Setiausaha Pejabat

E-mel: [email protected]
Encik Rosli bin Razak
Pembantu Tadbir (Perkeranian) Tinggi
Emel: [email protected]

Tel: (GL) 03-6204 6200 (DL) 03-6204 6231 / 232