
Wacana Integriti Siri 2 Tahun 2022 diadakan pada 21 November 2022. Bersempena dengan Hari Integriti Nasional pada 5 November 2022, terdapat tiga aktiviti utama disusun atur dalam program ini, iaitu ‘Lafaz Ikrar Warga Kerja IKIM dan Akuan Integriti Perkhidmatan’ yang dipimpin oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil Ketua Pengarah, ‘Taklimat Perisytiharan Harta’ yang disampaikan oleh Ketua Unit Integriti dan Pematuhan, serta ‘Taklimat Liabiliti Korporat Seksyen 17A Akta SPRM 2009: Pengurusan Anti Rasuah Dalam Tadbir Urus Entiti Korporat’ yang disampaikan oleh PPj Dr. Celemans Haji Kasim, Penolong Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Program yang diadakan secara fizikal di Dewan Besar IKIM ini disertai seramai 126 orang warga kerja IKIM, termasuk Ketua Pengarah IKIM dan Timbalan Ketua Pengarah IKIM. Program tersebut yang dirakam oleh Bahagian TV IKIM ini turut dihadiri oleh YBhg Tan Sri Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohd. Kamal bin Hassan Pengerusi IKIM dan YBhg Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Timbalan Pengerusi IKIM bagi menyaksikan Majlis Lafaz Ikrar dan Akuan Integriti Warga Kerja IKIM.