Siapa Mengawal Perhatian Kita: Diri Sendiri atau Algoritma?

Pernahkah anda berniat membuka telefon sekadar untuk menyemak pesanan di WhatsApp namun ia berlarutan untuk satu satu tempoh kerana “semakan” tadi turut melarat kepada pelbagai video pendek dalam pelbagai format yang disajikan oleh platform-platform media sosial popular? Jika jawapan anda “Ya”, anda bukan seorang sahaja yang mengalaminya. Malah anda turut menjadi sebahagian daripada satu sistem ekonomi baharu yang menjadikan perhatian manusia sebagai sumber keuntungan paling bernilai abad ini yang juga dikenali sebagai ekonomi perhatian (attention economy).

Pusat Data dan Cabaran Baharu Kelestarian Sumber Negara

Setiap kali kita menggunakan aplikasi kepintaran buatan (Artificial Intelligence, AI) bagi memudahkan tugasan harian, kita perlu sedar bahawa perkomputeran dan setoran awan (cloud) yang kita gunakan untuk menyimpan data bukanlah sebenarnya terampai di alam maya. Sebaliknya, data maya ini disimpan dalam sebuah gudang fizikal infrastruktur komputer berskala besar yang digelar sebagai “pusat data”.

Mencari Makna di Sebalik Ujian

Setiap hari kita ditimpa ujian. Ada yang diuji sesat dalam hutan belantara; ada yang diuji kehilangan anggota keluarga yang tersayang dalam kemalangan jalanraya dan pelbagai lagi bentuk ujian yang menimpa kita. Di tengah-tengah kota raya yang sibuk dengan manusia berlumba-lumba mencari rezeki sehingga ada dalam kalangan mereka yang rakus dan leka mengejar keduniaan sehingga lupa bahawa dunia ini hanyalah persinggahan sementara sahaja, iaitu tempat untuk kita diuji.

Sains dan Teknologi Untuk Kesejahteraan dan Keamanan Dunia

Seringkali kita memahami keamanan dengan mengaitkannya dengan ketiadaan peperangan atau konflik bersenjata. Namun dalam dunia hari ini, keamanan perlu dilihat dalam satu dimensi yang lebih luas. Ketika ini, peperangan bukan satu-satunya perkara yang membawa kekacauan dunia tetapi perubahan iklim, krisis tenaga dan air, ketiadaan jaminan makanan, bencana alam, kemiskinan dan ketidaksamaan akses kepada teknologi juga boleh membawa ancaman kepada keamanan. Sejarah dunia telah membuktikan perkara ini. Perang Pasifik pada 1879 hingga 1884 telah mewujudkan konflik sumber di Gurun Atacama. Chile berperang dengan pakatan Bolivia dan Peru untuk menguasai deposit guano dan nitrat. Kedua-dua bahan ini penting sebagai baja pertanian dan bahan letupan. Manakala peperangan yang berlaku di Asia Barat pula kebanyakannya dimotivasikan oleh keinginan rakus untuk menguasai sumber tenaga dunia.

Reckless Driving: When Negligence Becomes a Crime Against Life

Recent road tragedies have once again brought the issue of reckless driving to the forefront of public attention. Within a short span of time, Malaysians have witnessed several heartbreaking incidents that claimed innocent lives and left families shattered. Beyond the grief and public outrage, these tragedies force us to confront a question: when does reckless driving cease to be a traffic offence and become a serious crime against life?

Krisis Kelelakian di Sebalik Statistik Jenayah

Dalam tempoh beberapa bulan sahaja di tahun 2026, Malaysia dikejutkan oleh deretan kes jenayah yang menjadikan wanita mangsa kekejaman lelaki. Seorang lelaki kini menjalani hukuman penjara kerana memukul si isteri yang sedang mengandung hingga koma. Bayi yang lahir ketika si ibu koma terjejas akibat perbuatannya, dan kini berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) akibat pertumbuhan yang perlahan. Si pelalu dibebaskan dan berkahwin lagi. Isteri baharu menjadi mangsa seterusnya dan dia didakwa menyeksa isteri ini pula menggunakan kerusi plastik, getah paip, dan penyangkut besi sehingga mangsa mengalami keguguran. Seorang lagi lelaki menikam dan membakar kekasihnya yang hamil di ladang kelapa sawit. Ada yang merancang pembunuhan bekas kekasih dengan membeli senjata sehari lebih awal, lalu menikamnya berkali-kali di dalam pusat membeli-belah. Ada yang mencurahkan petrol ke tubuh bekas teman wanitanya. Ini semua bukan sekadar kompilasi berita jenayah. Ini adalah simptom kepada krisis sosial dan moral yang sedang membarah.