KONSEP KESELURUHAN LOGO
- Secara keseluruhan logo ini memperlihatkan peranan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sebagai sebuah institusi yang terlibat dalam usaha-usaha untuk kepentingan umum dengan ciri-ciri kebesaran Allah S.W.T dan keunggulan Islam.
CIRI-CIRI LOGO
- Bentuk pokok di tengah melambangkan tahap produktiviti yang tinggi, sentiasa berkembang dan menghasilkan berbagai-bagai faedah.
- Pokok itu ditunjangi bentuk empat segi yang melambangkan Kiblat dan kesatuan umat Islam.
- Rimbunan pokok pula mewakili Rukun Islam yang lima.
- Ditengah-tengah rimbunan terdiri sebuah bentuk kubah lambang masjid yang menjadi pusat pembangunan dan aktiviti umat Islam.
- Pokok yang hidup subur dan berkembang terletak di atas perkataan IKIM yang merupakan sebuah wadah.
- Tulisan jawi Kufi mencerminkan keindahan kesenian dan warisan ilmu Islam.
WARNA
- Warna biru samudera yang menjadi latarbelakang logo melambangkan kekayaan ilmu Allah S.W.T seperti keluasan samudera di permukaan bumi.
- Warna emas di atas logo memperlihatkan bahan yang berharga dan tinggi nilainya.