Wacana Integriti Siri 6 Bil. 2/2023: “Kesalahan Dan Jenayah Siber: Apa Yang Anda Perlu Tahu” telah diadakan pada 20 November 2023 (Isnin) jam 9.30 pagi – 12.00 tengah hari melalui aplikasi Google Meet. Program ini telah dikendalikan oleh Puan Saidatul Ashikin binti Abu Hassan, Pengarah II, Jabatan Program Komuniti, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui sesi perkongsian, soal jawab dan kuiz dalam talian. Program interaktif ini telah disertai kira-kira seramai 101 orang pegawai dan warga kerja IKIM bagi meningkatkan pengetahuan warga kerja IKIM mengenai landskap semasa keselamatan siber, jenis-jenis ancaman scam atau penipuan, modus operandi terkini serta perkongsian tip dan amalan terbaik bagi mengelak daripada menjadi mangsa jenayah siber.