
Wacana Integriti Siri 1 Tahun 2023 ‘Urus Wang Minda Tenang’ dan Taklimat Garis Panduan Menjalankan Pekerjaan Luar telah diadakan pada 02 Ogos 2023 (Rabu) jam 9.30 pagi – 12.00 tengah hari melalui aplikasi Google Meet. Webinar ini telah dikendalikan oleh Puan Junainah binti Ahmad Esa, Ketua Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Cawangan Kuala Terengganu melalui sesi perkongsian dan soal jawab. Manakala Taklimat ‘Garis Panduan Menjalankan Pekerjaan Luar’ telah disampaikan oleh Encik Atiqurrahman bin Rosdi, Ketua Unit Integriti dan Pematuhan (UNIP) sebelum sesi webinar bermula. Program ini telah disertai seramai 108 orang pegawai dan warga kerja IKIM.