Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar atau nama Inggerisnya, Centre for Science and Environmental Studies, diringkaskan menjadi KIAS: Kajian Sains dan Alam Sekitar. Nama singkatan (akronim) “KIAS” merupakan perkataan sedia ada dalam Bahasa Melayu (kias) yang asalnya berpunca daripada Bahasa Arab (qiyas). Qiyas secara istilahi dalam Ilmu Usul Fiqh merujuk kepada reasoning by analogy atau analogical reasoning manakala, dalam Ilmu Mantik (logik), bermaksud syllogistic reasoning. Kedua-duanya adalah antara kaedah berfikir yang penting dalam apa-apa bidang ilmu, termasuk dalam Bidang Sains.
FUNGSI
Memberi kefahaman Islam melalui aktiviti penyelidikan, penganjuran program, penerbitan, perundingan, penulisan dan penyampaian.
ORIENTASI KESELURUHAN KIAS
Secara umumnya, orientasi KIAS dari segi akademik menyerupai tumpuan dan luasan pusat atau jabatan di institusi-institusi pengajian tinggi yang mengendali lapangan atau bidang yang dikenali sebagai Pengajian Sains dan Teknologi atau Science and Technology Studies(STS). Bidang ini dari sudut hubungannya dengan pelbagai bidang sains tulen bersifat meta-discipline atau second-order discipline dan menjurus kepada penyelidikan dan penelitian ilmiah tentang isu-isu pemikiran dan falsafah, nilai dan akhlak, sosio-ekonomi-politik dan yang seumpamanya yang terbit dari atau melatarbelakangi perkembangan dan pembangunan Sains dan Teknologi.