
Wacana Integriti Siri 1/2021 ‘Biasakan yang Betul, Betulkan yang Biasa’ telah diadakan pada 27 April 2021 melalui aplikasi zoom yang disampaikan oleh Ustaz Zulkifli bin Tukiman, Penolong Pengarah Kanan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) yang juga merupakan penyelaras program SMART Integriti. Tujuan utama penganjuran Wacana integriti ini adalah untuk memupuk dan membudayakan nilai-nilai integriti dan amanah terhadap tugas dalam kalangan warga kerja IKIM. Pada akhir sesi, kuiz integriti turut diadakan bagi membuat tinjauan awal kefahaman warga kerja IKIM terhadap isu-isu integriti. Diharapkan program ini memberi manfaat kepada keseluruhan kira-kira 131 orang pegawai dan warga kerja IKIM.