Unit Integriti & Pematuhan (UNIP) | 13/10/2023

Pemberi maklumat digalakkan untuk membuat pelaporan melalui kaedah-kaedah berikut:

1.  Berjumpa atau berhubung dengan Ketua Unit Integriti dan Pematuhan (UNIP); atau/dan


2.  Menghubungi talian telefon Ketua UNIP di 03-6204 6348; atau/dan

3.  E-mel rasmi [email protected]; atau/dan


4. Borang pemberi maklumat (whistleblower form) ; atau/dan

5. Pos (sampul bertutup) atau serahan tangan kepada

Ketua Unit Integriti dan Pematuhan,
Institut Kefahaman Islam Malaysia,
2, Langgak Tunku, Off, Jalan Tuanku Abdul Halim,
50480 Kuala Lumpur

6. Sekiranya melibatkan pegawai atau warga kerja UNIP, pemberi maklumat boleh membuat laporan terus kepada Pengerusi IKIM atau Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin; dan

7. Sekiranya melibatkan mana-mana Ahli Lembaga Pengarah IKIM atau Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin, maka ahli atau pegawai berkenaan tidak boleh dilibatkan dalam keseluruhan proses siasatan dalaman atau membuat apa-apa keputusan dan tindakan ke atas laporan tersebut. Tugasan pegawai tersebut hendaklah diambil alih oleh ahli atau pegawai lain yang terkanan.