Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan atau ringkasnya EMAS merupakan salah satu daripada tiga buah pusat akademik yang terdapat di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Sebelum dikenali sebagai pusat EMAS yang memberi tumpuan dalam bidang ekonomi dan kemasyarakatan, ia merupakan sebuah pusat akademik yang turut memfokuskan penyelidikan di dalam bidang sains dan teknologi. Bagaimanapun pada 2004, IKIM telah menstruktur semula pusat ini dengan mengeluarkan bahagian yang berkaitan dengan sains dan teknologi tersebut untuk dijadikan sebagai sebuah pusat yang berasingan. Jadi mulai 1 Februari 2004, pusat ini dikenali sebagai Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial. Bagaimanapun selepas penjenamaan semula yang dilakukan oleh IKIM pada 2010, pusat ini mula dikenali dengan namanya sekarang iaitu Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan.
FUNGSI
Memberi kefahaman Islam melalui aktiviti penyelidikan, penganjuran program, penerbitan, perundingan, penulisan dan penyampaian.