
Wacana Integriti Siri 1 Bil. 1/2022 ‘Gangguan Seksual di Tempat Kerja – Jenaka atau Jenayah’ diadakan pada 29 Jun 2022 dan telah disampaikan oleh dua orang ahli panel iaitu En Syamsul Rijal dan Jamil, Penasihat dan Konsultan undang-undang buruh SMC Consulting, serta Puan Ainnur Liyana binti Ya’akub, Peguam. Manakala Puan Siti Fatimah binti Abdul Rahman, Felow Kanan Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan IKIM bertindak sebagai moderator program. Tujuan utama penganjuran Wacana Integriti ini adalah untuk memberi panduan kepada warga kerja IKIM untuk mengambil langkah wajar apabila berhadapan dengan gangguan seksual. Melalui program ini, ia mampu memberi kefahaman warga kerja untuk sentiasa membatasi diri dalam aspek pergaulan sosial sesama rakan sekerja. Program yang diadakan secara fizikal di Dewan Besar IKIM ini disertai seramai 111 orang warga kerja IKIM, termasuk Ketua Pengarah IKIM dan Timbalan Ketua Pengarah IKIM yang turut disiarkan melalui Facebook IKIM.