
Majlis Peluncuran IACP 2025-2028 dan Wacana Integriti IKIM Siri 7 No. 1 Tahun 2025 telah diadakan pada 3 Februari 2025. Wacana Integriti IKIM menampilkan tokoh korporat terkemuka, iaitu YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi Dagang NeXchange Berhad dan Tuan Ir. Hj. Mohd Prasad Hanif, Setiausaha Agung Pertubuhan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia menerusi topik “Pembanterasan Rasuah, Pengukuhan Integriti dan Tatakelola dalam Organisasi : Tanggungjawab Kita Bersama”. Majlis peluncuran juga dimulakan dengan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dipimpin oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM sambil disaksikan oleh YBhg. Datuk Timbalan Pesuruhjaya Mohamad Fauzi Husin @ Che Mamat, Pengarah SPRM Kuala Lumpur dan wakil Bahagian Pengurusan Integriti Agensi Awam (BPIA) SPRM. Program yang diadakan di Bilik Dubai, MATRADE ini disertai seramai 149 orang warga kerja IKIM, termasuk Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah IKIM.
Program yang dirakam oleh TVIKIM ini turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Pengerusi IKIM dan YBhg Prof. Emeritus Dato’ Timbalan Pengerusi IKIM yang mendapat liputan unit berita IKIM melalui pautan https://ikimfm.my/perangi-rasuah-perlukan-transformasi-kerohanian-yang-menyeluruh/.
