Pusat SYARAK bermula dengan Unit Syarak dan Undang-Undang pada tahun 1992, unit akademik pertama yang diwujudkan selepas penubuhan IKIM. Sebagai salah sebuah daripada tiga Pusat akademik yang ada hari ini, SYARAK berperanan menjayakan misi dan visi IKIM memberikan kefahaman sebenar tentang Islam kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di dalam dan luar negara.
FUNGSI
Memberi kefahaman Islam melalui aktiviti penyelidikan, penganjuran program, penerbitan, perundingan, penulisan dan penyampaian.