Pengurusan Lestari Atasi Krisis Kekurangan Bekalan Air Bersih
Air merupakan anugerah Allah SWT yang sangat penting terhadap kehidupan sejagat. Tanpa sumber air yang mencukupi adalah mustahil bagi manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup. Penegasan berhubung kepentingan sumber air telah banyak dinukilkan di dalam al-Quran. Antaranya, sebagaimana yang telah disentuh di dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan Dia menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan…