Generasi Celik Ilmu Bermula Dengan Budaya Membaca

Saban tahun, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) menjadi medan pertemuan terbesar antara pencinta buku, penulis, penerbit dan penggiat industri perbukuan sama ada dari dalam mahupun luar negara. Pesta yang penuh warna-warni ini bukan sahaja menampilkan ribuan judul baharu, malah turut menyemarakkan semangat membaca dalam kalangan masyarakat. Semua lapisan umur dan latar belakang meraikannya.