RCEP, ASEAN–GCC dan China: Malaysia Pemain Utama Integrasi Ekonomi Serantau
Sidang Kemuncak ASEAN 2025 yang berlangsung baru-baru ini telah membuka lembaran baharu dalam kerjasama ekonomi serantau. Dalam suasana pasca-pandemik yang mencabar dengan gangguan rantaian bekalan, inflasi, dan ketegangan geopolitik, ASEAN muncul bukan sahaja sebagai peneraju integrasi ekonomi tetapi juga sebagai suatu manifestasi tunjang kestabilan serantau.