Kaffarah: Penebus Dosa, Penguat Taqwa dalam Keadilan Moden

Insiden pemandu cuai yang meragut nyawa sering meninggalkan luka mendalam. Saranan Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil selaku Mufti Wilayah Persekutuan baru-baru ini agar pemandu yang menyebabkan kematian sedemikian menunaikan Kaffarah dengan berpuasa dua bulan berturut-turut selain hukuman sivil yang bakal dikenakan telah membuka wacana penting dalam masyarakat. Perkara ini menjemput kita untuk menelusuri hikmah di sebalik denda penebus dosa ini dan hubungannya dalam kerangka keadilan hari ini.