Jururawat dan Dasar 45 Jam : Antara Tuntutan Perkhidmatan dan Tanggungjawab Syariah
Dalam dunia penjagaan kesihatan, jururawat bukan sahaja tunjang kepada sistem rawatan pesakit, malah penjaga kemanusiaan yang melaksanakan amanah dengan penuh ihsan. Namun, pelaksanaan dasar baharu 45 jam seminggu untuk jururawat awam mencetuskan pelbagai persoalan — bukan sekadar dari sudut beban kerja, tetapi juga dari sisi etika Islam, keseimbangan hidup, dan keperluan dasar yang berperikemanusiaan.