Bersama Bina Generasi Tanpa Buli, Masa Hadapan Tanpa Trauma
Pernahkah kita membayangkan anak sendiri pulang ke rumah dengan lebam di muka, air mata di pipi dan hati yang hancur kerana dibuli? Atau menerima panggilan telefon yang memberitahu bahawa anak tersayang tidak lagi bernyawa akibat perbuatan buli rakan sebaya? Soalan ini mungkin sukar untuk dibayangkan, tetapi inilah realiti yang sudah berlaku kepada ramai keluarga di Malaysia.