Suburkan ‘Ihsan’ Dalam Kalangan Pelajar Untuk Elak Buli

Gejala buli dalam kalangan pelajar samada pada peringkat pengajian tinggi (IPT) bahkan sejak pada sekolah lagi, kini menjadi isu sosial yang semakin meruncing dan membimbangkan. Jika tidak ditangani ia akan menjadi barah yang merebak dan sukar dikawal apabila ia menjadi norma kebiasaan pelajar masa kini. Membimbangkan apabila ia bukan sekadar melibatkan penderaan fizikal, atau mental, emosi, dan siber sahaja, bahkan ada ketikanya sampai ke peringkat membunuh. Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, masalah ini tetap berulang kerana akar umbinya tidak ditangani secara menyeluruh. Dalam Islam, salah satu pendekatan mendalam untuk mencegah perlakuan negatif seperti buli adalah dengan menanamkan kesedaran bahawa diri sentiasa diawasi oleh Allah SWT.