Krisis Demokrasi Liberal dan Kesannya Ke atas Dunia Islam
Perkembangan geopolitik terkini menunjukkan idealisme yang selama ini menjadi teras sistem demokrasi semakin hilang pengaruhnya dan bersama dengan itu hegemoni kuasa barat semakin melemah. Genosid Israel ke atas penduduk Gaza, yang didokong oleh Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Eropah membuktikan kemunafikan mereka dan sekaligus menghilangkan kepercayaan umum terhadap apa yang dinamakan ‘hak asasi manusia’, ‘kebebasan’ dan ‘perlindungan terhadap golongan minoriti’.