Daging Kultur : Alternatif Makanan Masa Depan, Halal atau Tidak?

Dunia kini berhadapan dengan cabaran besar dalam menjamin bekalan makanan yang mampan untuk generasi akan datang. Pertambahan populasi, krisis perubahan iklim dan kekangan sumber menjadikan manusia mencari alternatif kepada kaedah penternakan tradisional yang sedia ada. Salah satu inovasi bioteknologi yang sedang mendapat perhatian masa kini ialah daging kultur iaitu daging yang dihasilkan dalam makmal daripada sel haiwan yang dibiakkan dalam keadaan terkawal dengan menggunakan medium dan nutrien tertentu. Teknologi ini akan membentuk tisu yang menyerupai daging sebenar. Kehadirannya mengundang pelbagai persoalan yang bukan sahaja dari sudut sains dan alam sekitar tetapi juga dari perspektif agama Islam yang menitikberatkan halal dan haram dalam pemakanan.

Pupuk Perpaduan Rakyat Melalui Membudayakan Minat Membaca

Budaya membaca merupakan amalan murni yang sewajarnya dijadikan amalan setiap masa. Ciri-ciri negara maju ialah negara yang rakyatnya kuat membaca dan kadar literasi yang tinggi. Dalam ajaran Islam, surah yang pertama diturunkan ialah Surah al-‘Alaq yang kalimah pertamanya ialah “Bacalah! oleh-Mu (Wahai Muhammad)”. Ia sekaligus menggambarkan bahawa ajaran Islam adalah ajaran yang berpaksikan ilmu dan menggalakkan pembacaan. Hakikat ini diakui sendiri hatta oleh para orientalis Barat seperti Franz Rosenthal dalam bukunya “Knowledge Triumphant”.