Pendekatan Sadd al-Zarā’i dan Restoratif Tangani Aktiviti Tidak Bermoral

Aktiviti tidak bermoral yang menumpukan perhatian dalam premis tertutup dikaitkan dengan pelbagai bentuk maksiat, termasuk aktiviti homoseksual telah menimbulkan perhatian masyarakat. Walaupun siasatan oleh pihak berkuasa tidak membawa kepada pendakwaan kerana kekurangan bukti teknikal, premis sedemikian tetap menjadi titik risiko tinggi kepada kerosakan sosial. Perlu dijelaskan bahawa premis tertutup yang diserbu memiliki lesen sah daripada pihak berkuasa, menjadikan operasinya selaras dengan peraturan pentadbiran tempatan dan tidak menyalahi undang-undang pentadbiran.