Menggali Khazanah Silam, Menyuluh Jalan Tamadun (Penulisan Koleksi Tamadun Islam PTAS)
Di tengah-tengah kesibukan ibu kota Kuala Lumpur yang kebanyakannya hidup dalam dunia yang pantas, masih terdapat ruang yang tenang untuk berfikir, merenung, dan mencari makna. Di sinilah letaknya Perpustakaan Tun Ahmad Sarji (PTAS), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di Bukit Tunku, menjadi sebuah ruang ilmu yang tidak sekadar menyimpan buku, tetapi menghidupkan semangat peradaban

