FUNGSI
Dalam usaha menyebarkan kefahaman tentang Islam secara global, IKIM menyediakan suasana yang terbuka dan bebas supaya setiap orang dapat mengeluarkan pendapat masing-masing bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan. Secara ringkasnya fungsi-fungsi IKIM adalah seperti berikut :-
- Menjalankan penyelidikan yang melibatkan kajian menyeluruh dan bersepadu tentang peranan Islam dan umat Islam bagi menghadapi cabaran semasa yang timbul akibat daripada keadaan dunia yang kian berubah.
- Menghasilkan bahan penerbitan,termasuk buku, majalah dan jurnal untuk bacaan umum dan golongan sasar.
- Menganjurkan persidangan, seminar dan forum, perbincangan dalam mempelbagaikan percambahan fikiran bagi mencari penyelesaian perkara-perkara tertentu.
- Bekerjasama dengan pertubuhan tempatan dan luar Negara dalam menjalankan program-program bagi manfaat bersama.
IKIM juga turut menjalankan penyelidikan merangkumi bidang-bidang berikut :-
- Isu-isu strategik.
- Isu-isu berkaitan globalisasi.
- Pelaksanaan sistem ekonomi Islam.
- Pelaksanaan sistem perundangan Islam.
- Hubungan antara agama.
- Pembangunan berdasarkan sains dan teknologi.
- Bioetika.
- Isu-isu alam sekitar.
- Isu-isu hak asasi manusia.
- Isu-isu sosioekonomi dan politik.
VISI
Untuk Menjadi Institusi Utama Kefahaman Islam Bertaraf Antarabangsa.