Unit Integriti & Pematuhan (UNIP) | 13/10/2023

APA PERKARA YANG BOLEH DIDEDAHKAN?
Antara pendedahan kelakuan tidak wajar yang boleh anda buat seperti berikut:
-
- Rasuah dan penipuan;
- Gangguan seksual;
- Kesalahan jenayah di bawah undang-undang;
- Penyalahgunaan dana atau aset IKIM;
- Salah guna kuasa di IKIM;
- Penyelewengan kewangan atau pelanggaran serius peraturan kewangan IKIM;
- Kesalahan tatatertib;
- Tindakan berbahaya/pengabaian yang menggugat kesihatan dan keselamatan di IKIM;
- Tindakan sengaja mengarah atau menasihati seseorang untuk melakukan mana-mana satu daripada perkara di atas; dan
- Lain-lain tindakan tidak wajar yang boleh menjejaskan imej IKIM.
BILA DAN BAGAIMANA UNTUK MELAPOR?
Bagi melicinkan proses siasatan, perkara yang ingin didedahkan haruslah lengkap mengandungi butiran 5W 1H (who, what, where, when, why, and how) berkaitan pendedahan kelakuan tidak wajar tersebut dengan dengan “suci hati” berdasarkan kepada “kejujuran dan alasan yang munasabah pada masa itu”.
Anda perlu melaporkan dengan “suci hati” dalam tempoh yang dirasakan munasabah sesuatu salah laku yang dipercayai telah, sedang atau akan berlaku di IKIM melalui alamat dan saluran berikut:
Ketua Unit Integriti dan Pematuhan,
Institut Kefahaman Islam Malaysia,
2, Langgak Tunku Off, Jalan Tuanku Abdul Halim,
50480 Kuala Lumpur
E-mel: [email protected]