Wacana Integriti Siri 2/2021 ‘Pandemik Rasuah, Virus Negara’ telah diadakan pada 17 September 2021 yang disampaikan oleh PPs Mohamad Izam bin Abd Nasir, Penolong Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tujuan utama penganjuran Wacana Integriti ini bertujuan memupuk kesedaran dan meningkatkan kefahaman warga kerja untuk sentiasa membatasi diri daripada risiko-risiko rasuah. Program yang diadakan melalui aplikasi zoom ini disertai seramai 88 orang warga kerja IKIM.