Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee) seperti yang berikut:
- Penolong Pegawai Tadbir gred N5 (1 Kekosongan)
1.1 | (a) Jawatan: Penolong Pegawai Tadbir gred N5
(Nota: Jawatan ini setaraf dengan Gred 5 dalam Skim Perkhidmatan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia) |
|
(b) Kumpulan: Pelaksana | ||
(c) Taraf Jawatan: Tetap (Tempoh percubaan satu (1) hingga maksimum tiga (3) tahun) | ||
1.2 | Jadual Gaji Minimum RM2,256.00 Maksimum RM6,942.00 Kenaikan gaji tahunan RM145.00 (Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman) |
|
1.3 | Elaun(a) Khas RM160.00 (b) Perumahan RM300.00 (c) Imbuhan Sara Hidup RM350.00 |
|
1.4
|
Syarat Lantikan
|
(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 23 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan; (b) Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Matrikulasi KPM; atau (c) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (d) Mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; (e) Mempunyai pengalaman tidak kurang dua (2) tahun dalam bidang berkaitan; dan (f) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja yang sewajarnya. |
1.5
|
Antara Bidang Tugas & Tanggungjawab Utama
|
(a) Mengurus hal-ehwal pentadbiran program termasuk penyediaan surat jemputan, atur cara, minit mesyuarat dan dokumen rasmi yang berkaitan dengan program IKIM; (b) Mengurus keperluan Penceramah/Pembentang/ Pengerusi/Ahli Panel/Moderator; (c) Mengurus pendaftaran peserta, jemputan penceramah dan penyediaan bahan program; (d) Menyediakan laporan penilaian program serta dokumentasi berkaitan soal selidik; (e) Menyediakan serta menghasilkan reka bentuk brosur, poster dan pelbagai bahan untuk program IKIM; (f) Mengurus, menyelaras dan mengemas kini iklan dan promosi program IKIM di Radio IKIM, TVIKIM dan media sosial berkaitan; (g) Mengurus dan mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan protokol di IKIM; (h) Mengendali program IKIM sebagai Pegawai Perhubungan (Liaison Officer), Pengacara Majlis, Pembaca Doa dan Floor Manager; (i) Mengurus dan mengumpulkan bahan-bahan Program (Softcopy) untuk dimuatnaik ke dalam sistem pengurusan Aset Digital (IDAM) (j) Menyimpan dan mengemaskini rekod penyertaan, kehadiran, dan pencapaian peserta program. (k) Membantu dalam penyediaan statistik, infografik dan laporan tahunan unit; (l) Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa. |
1.6
|
Cara Permohonan
|
(a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan berserta keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) (b) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu. (c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat. (d) Permohonan hendaklah melalui pos atau serahan tangan sahaja ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 8 Mei 2025 jam 4.30 petang. (e) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses. |
1.7 Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temu duga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.