Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee) seperti yang berikut:
1.1 | Jawatan: Pegawai Tadbir gred N9 (1 kekosongan) | |
(b) Kumpulan: Pengurusan dan Profesional | ||
(c) Taraf Jawatan: Tetap (Tempoh percubaan satu (1) hingga maksimum tiga (3) tahun) | ||
1.2 | Gaji Pokok Gaji Minimum : RM2,688.00 Gaji Maksimum : RM11,496.00 Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00 |
|
1.3 | (a) Elaun | |
(i) Khas: RM300.00 | ||
(ii) Imbuhan Tetap Perumahan (ITP): RM300.00 | ||
(iii) Imbuhan Sara Hidup: RM300.00 | ||
1.4 | Syarat Lantikan | Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut: |
(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 25 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan; (b) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia/Pengurusan (Management) yang diiktiraf oleh IKIM daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan setaraf dengannya; (Gaji Permulaan ialah pada Gred N9:RM2,688.00) (c) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia/Pengurusan (Management) yang diiktiraf oleh IKIM daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan setaraf dengannya; (Gaji Permulaan ialah pada Gred N9:RM2,908.00) (d) Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; (e) Mempunyai pengalaman dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia/Pentadbiran/Pembangunan Latihan tidak kurang daripada dua (2) tahun dalam bidang berkaitan; dan (f) Keutamaan diberikan kepada yang mempunyai pengalaman berkaitan Akta Kerja/Akta Buruh/Undang-undang dan yang berkaitan Pengurusan Sumber Manusia. |
||
1.5
|
Bidang Tugas
|
(a) Membantu Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) dalam memastikan perancangan, pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia di urus dan di tadbir secara teratur dan memastikan keperluan kepada peruntukan undang-undang adlah dipatuhi. (b) Menguruskan urusan perjawatan/pengurusan Rekod Perkhidmatan/Pengurusan Prestasi dan Kemajuan Kerjaya/Pembangunan Kompetensi Modal Insan serta Tatatertib dan Disiplin. (c) Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa. |
1.6
|
Cara dan Syarat Pemohonan
|
(a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap(resume/ curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) (b) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu. (c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat. (d) Permohonan hendaklah melalui pos atau serahan tangan sahaja ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 12 Jun 2025 jam 4.30 petang. (e) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses. |
1.7 Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temu duga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.