Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan sebagai keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. (Rujukan: Wikipedia). Kelestarian pula bermakna keadaaan yang tidak berubah, keadaan yang seperti asal atau dengan kata lain asli.
Kelestarian sesuatu tamadun seringkali kita dengar yang mungkin menggambarkan suatu keunggulan. Namun, apakah neraca-neraca yang dapat kita gunakan dalam membina satu framework atau rangka kerja dalam kotak pemikiran kita bagi menilai bahawa itu adalah tamadun yang lestari.
Dari segi sejarah, Islam telah meletakkan asas yang kukuh dalam pembinaan sebuah tamadun dengan agama sebagai tunjangnya dan pembinaan akidah yang mantap, ibadah yang istiqamah serta berakhlak mulia. Peranan agama dalam pembinaan tamadun ini adalah tertayang sebagai mekanisme untuk mengurangankan persaingan berterusan dalam persoalan duniawi semata-mata Peranan agama juga mampu untuk membimbing manusia dalam setiap tindakan dalam melayari kehidupan ini apabila mendepani isu-isu yang bersifat tempatan dan juga isu-isu sejagat seperti hubungan manusia dengan planet bumi ini untuk terus dihuni dari generasi ke generasi ke arah pembinaan tamaduan yang lestari.
Kita dilahirkan ke dunia ini sebagai insan fakir, lemah yang tidak memiliki apa-apa pun. Namun, dengan kasih sayang yang Allah SWT berikan kita di rawat, kita dipelihara, kita diberikan pancaindera, emosi, keinginan, otak dan kita diberi kudrat untuk kita terus berikhtiar dan berusaha di sepanjang kehidupan kita ini. Dengan rahmat Allah juga, alam ini diamanahkan kepada kita untuk diambil manfaatnya tanpa memusnahkannya.
Air satu-satunya manfaat alam yang terbesar dan adalah nyawa kepada kehidupan kita. Begitu juga sumber-sumber yang lain seperti makanan, perlindungan dan lain-lain. Dengan adanya sumber-sumber ini, manusia dapat menciptakan budaya, dimana budaya manusia terus berevolusi menuju budaya yang semakin maju dan kompleks yang akhirnya membangunkan sebuah tamadun dalam kepelbagaian.. Manusia juga dapat hidup di bumi ini kerana Allah telah menciptakan keadaan bumi yang memungkin manusia untuk menghuni di bumi ini
Persoalan hubungan antara manusia dan alam ini jika direnung serta diperhalusi pemikiran kita, maka kita akan menemukan 2 prinsip utama.. Prinsip yang pertama ialah Allah memberitahu manusia agar memakmorkan alam ini sebagaimana dalam Surah Hud ayat 61 memafhumi kita “………….Dialah yang menjadikan kamu daripada tanah serta mengkehendaki kamu untuk memakmurkannya……” Dalam surah yang lain pula , Allah berfirman yang mahfumnya “Dan Allah menjadikan bagimu tempat bernaung dari apa yang telah Dia ciptakan, dan Dia jadikan bagimu tempat-tempat tinggal di gunung-gunung, dan Dia jadikan bagimu pakaian yang memeliharamu dari panas dan pakaian (baju besi) yang memelihara kamu dalam peperangan. Demikianlah Allah menyempurnakan nikmat-Nya atasmu agar kamu berserah diri (kepada-Nya).” (Surah An-Nahl ayat 81).
Manakala prinsip yang kedua pula ialah Allah melarang manusia berbuat kerosakan di bumi ini sebagaimana di dalam Surah al-A’raaf ayat 56 mahfumnya “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya…..”
Namun, manusia kini, dalam suasana tamadun yang semakin melupakan TUHAN, mampukah kita mengharapkan kehidupan dan tamadun yang lebih beradab serta lestari pada akan datang?
Isu alam sekitar yang berlaku saban hari mewarnai akhbar dengan data dan fakta menakutkan dan sukar digambarkan jalan penyelesaiannya. Diperlihatkan kepada kita oleh Allah SWT mengenai fenomena pemanasan global. Dunia kini semakin panas. Kenaikan suhu dunia adalah akibat tabiat manusia yang melampau dalam keseluruhan cara hidup. Melampau ini kerana wujud ketidakseimbangan dalam bajet haba iaitu input haba yang diterima oleh sistem bumi berlebihan berbanding dengan output dan bumi ini tidak lagi mampu menanggung beban suhu panas ini
Pemanasan global ini terjadi melalui dua makinisme penting iaitu melalui kesan rumah hijau dan juga penipisan lapisan ozon yang kedua-dua ini terangkum di dalam tabiat manusia untuk mengekalkan cara hidup yang pada manusia mengatakan ianya moden dan canggih. Mengikut Professor James G Titus dari Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat, dianggarkan antara tahun 1990 hinga 2025 suhu dunia akan meningkat antara 0.8 hingga 3.6 darjah celcius.
Jika pemanasan global berterusan, maka kepupusan manusia dan tamadunnya akan berakhir sebagaimana pupusnya dinosaur. Kerja keras ahli-ahli sains di serata dunia siang dan malam telah menemukan bahawa berlaku peningkatan 7.0 meter paras laut pada saat ini. Manusia kini semakin rakus apabila mempergunakan sumber ekosistem ke paras yang maksimum. Penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan hutan secara besar-besar. Pengerudian hasil bumi terus menerus tanpa henti demi mengaut untung semata-mata dan keinginan hidup mewah. Petunjuk sebanyak enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal yang telah dikelompokkan sebagai memusnahkan alam ini dan derita daripada perbuatan mereka ini akan ditanggung oleh seluruh penduduk dunia
Kerakusan manusia terhadap alam sekitar menzahirkan banyak kesan negatif yang telah berlaku. Apakah alam ni sudah berada di penghujung jalan akibat nafsu manusia? Antara yang paling ketara ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Selain itu, berlakunya kejadian bencana alam seperti kemarau yang semakin kerap, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.
Kerakusan terhadap alam ini kita tidak perlu pergi jauh merantau ke seluruh dunia untuk mencari bahan bukti kerana kesemuanya ada di depan mata. Sungai-sungai di tempat kita yang dahulunya jernih, riuh dengan kicauan burung dan tempat kita minum dan mandi mandi tetapi kini telah hanyir, hitam dan berkeladak serta tidak ada satu pun hidupan mampu hidup di sungai itu. Bukit-bukit batu kapur di tarah setiap hari bertahun-tahun lamanya. Bukit yang dahulu nya hijau berdiri megah menjadi pasak bumi tetapi kini teramat sedih apabila bukit telah gondol serta tandus. Permandangan ini dapat kita lihat apabila kita berada di Simpang Pulai Ipoh Betapa menderita dunia ini menanggung manusia-manusia yang seperti ini.
Jika ditinjau dari lensa saintifik, ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC). Klorofluorokarbon (CFC) merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis. Penipisan lapisan ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi tanpa tapisan.
Akhirnya peranan agama, pengutakuasaan, kesedaran serta banyak lagi faktor yang akan memberikan kefahaman yang bermakna mengenai kelestarian tamadun ini.
Bagi menyedari kepincangan masyarakat dunia masa kini yang terdesak dengan isu-isu alam sekitar serta peranan yang patut dimainkan oleh agamawan,pihak-pihak yang berwajib serta penduduk di bumi ini maka satu persidangan antarabangsa Agama dan Kelestarian Tamaduan yang akan diadakan pada 20 dan 21 Feb 2017 ini di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)