Slot Duniaku Buku

Slot “Duniaku Buku” bersama Pn. Rosmidzatul Azila Mat Yamin, Felow, Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar IKIM dan En. Muhammad Fauzi Shafie, Penolong Eksekutif, Unit Pemasaran & Promosi IKIM yang dikendalikan oleh DJ Syafiq Salleh di Konti Radio IKIMfm pada 11 Julai 2018.

Lawatan Kerja

IKIM menerima Lawatan Kerja dari Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) pada 10 Julai 2018 yang diketua Tuan Haji Borhan Mat Aris, Pengurus Besar, Bahagian Komunikasi Korporat merangkap Pegawai Khas kepada Presiden ANGKASA di Blok A, bangunan IKIM. Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin ketika menyampaikan cenderahati IKIM kepada Tuan Haji Borhan Mat Aris, Pengurus Besar,…

Slot Bedah Buku

Promosi buku Religion, Dialogue and Peaceful Coexistence di slot Bedah Buku telah diadakan di Pesta Buku Antarabagsa Kuala Lumpur pada 3.5.2018 bertempat di PWTC. Dua ahli panel dijemput untuk mengupas dan mengulas buku tersebut iaitu Pn. Enizahura bt. Abdul Aziz, Felow Pusat SYARAK yang merupakan penulis buku berkenaan dan panel jemputan En. Muhammad Syafiq b.…

Sesi Ramah Mesra

Satu sesi ramah mesra antara En. Md Asham b. Ahmad dengan pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur telah diadakan pada 1.5.2018 bertempat di Booth IKIM, PWTC.  Penerbit IKIM telah memenangi Anugerah Buku Negara 2018 bagi Kategori Buku Terjemahan Terbaik melalui Buku Kecelaan Tipu Daya hasil terjemahan  anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara yang dirangkul pada 30.4.2018

Lawatan Penyelidikan

YBrs. Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran, Pengarah Pusat SYARAK, ditemubual oleh pelajar PhD (Sains Politik), Universiti Sains Malaysia dan merupakan Felo Siswazah USIM berkiatan kajian beliau bertajuk Wacana Politik Dalam Pemikiran Islam Liberal di Malaysia pada 23 April 2018 bertempat di Bilik Pengarah Pusat SYARAK.  

IKIM di Media

Wawancara Pn. Maslina bt. Alias, Pengurus Siaran Radio yang merupakan pemenang anugerah Kewartawanan Autisme Terbaik (Radio),  Anugerah Dari Hati ke Hati anjuran Bank Rakyat dalam slot Assalamualaikum terbitan Tv-AlHijrah pada 9.4.2018 Pn. Maslina bt. Alias, Pengurus Siaran Radio IKIMfm ditemubual oleh pengacara Slot Assalamualaikut terbitan Tv-AlHijrah