Muzakarah Pakar Pengajian Islam Integrasi: Ke Arah Penyepaduan Ilmu Agama & Sains

IKIM telah menganjurkan Muzakarah Pakar Pengajian Islam Integrasi: Ke Arah Penyepaduan Ilmu Agama & Sains pada 20 Mac 2018. Penganjuran muzakarah ini juga menunjukkan bahawa IKIM serius dalam memperkasa pendidikan STEM di Malaysia dengan melibatkan ahli-ahli akademik dalam bidang pengajian Islam untuk membincangkan perkara ini. Hal ini juga membuktikan bahawa IKIM dan Penggerak STEM Kebangsaan…

Wawancara di Media

Wawancara dalam slot “Ruang Bicara” terbitan Bernama New Channel bersama Datuk Prof. Dr. Azizan bt. Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM dengan gandingan Dato’ Dr. Nasharuddin b. Mat Isa, Pengerusi Eksekutif/Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) mempromosikan Simposium Antarabangsa “Moderation In Multi-Religious Societies: Towards Peace And Harmony” yang akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid…

MAJLIS PELANCARAN CD AUDIO JAWHARAT AL-TAWḤĪD & MASTER OF LOVE DAN CERAMAH PERDANA 2018

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan Majlis Pelancaran CD Audio Jawharat Al-Tawhīd & Master Of Love dan Ceramah Perdana 2018 pada 16 Mac bertempat di Dewan Besar IKIM. Majlis ini telah disempurnakan oleh Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM; turut serta adalah Dr. Nik Roskiman Abdul Samad, Pengarah Pusat Media IKIM, Ustaz…

Wawancara di Media

Wawancara dalam slot “Assalamualaikum”  bersama tetamu, Puan Enizahura bt. Abdul Aziz, Felow Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, IKIM mempromosikan Simposium Antarabangsa “Moderation In Multi-Religious Societies: Towards Peace And Harmony” yang akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, secara langsung pada 15 Mac 2018 di Studio TV Al-Hijrah.

MAHABBAH IKIMFM KEDAH 2018

Pada 9 Mac 2018,  Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah mengadakan “Mahabbah IKIMfm Kedah 2018″ bertempat di Perkarangan Masjid Safwan, Jeniang, Gurun, Kedah. Mahabbah sehari ini  merupakan salah satu program turun padang dalam usaha untuk mendekatkan masyarakat kepada IKIM khususnya masyarakat di Kedah. Antara acara yang diadakan pada waktu siang adalah sukan rakyat, pertandingan memasak…

Kelab IKIM di Pusat Jagaan Al-Fikrah

Kelab IKIM di bawah kelolaan Biro Sosial dan Kemasyarakatan telah mengadakan Program Lawatan Amal Kebajikan ke Pusat Jagaan Al-Fikrah, Kajang pada 3 Mac. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan ahli kelab bekerjasama dalam satu pasukan, mempraktikkan “Kounikasi Interpersonal” di kalangan warga tua, menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dengan keluarga masing-masing dan menanamkan rasa…

PERSIDANGAN MEJA BULAT “MATAWANG KRIPTO DAN SISTEM KEWANGAN DIGITAL”

Persidangan meja bulat yang diadakan pada 28 Februari ini diadakan bagi melihat isu kontemporari berkaitan mata wang kripto (cryptocurrency) dalam sistem kewangan yang berbentuk maya, digital dan atas talian. Ia juga cuba menghimpunkan pakar-pakar berkaitan bagi membincangkan secara mendalam dan saksama seterusnya mengusulkan satu pendirian yang selari dan harmoni demi kemaslahatan bersama. Objektif persidangan ini…