Bahagian Wakaf IKIM
Latar belakang Penubuhan Dana Wakaf IKIM
Wakaf yang dilaksanakan di IKIM bertujuan untuk mewujudkan satu infrastruktur kewangan
yang lestari yang dapat memberi manfaat untuk apa-apa tujuan dakwah dan
menyebarluaskan kefahaman Islam kepada masyarakat.
Penubuhan dana wakaf IKIM ini secara umumnya bertujuan untuk menerima wang tunai,
hartanah termasuk yang terletak di luar negara, aset-aset kewangan dan sebagainya yang
patuh syariah samada dari dalam dan luar negara yang akan digunakan untuk kepentingan
dakwah dan keilmuan Islam.
Objektif WAKIM
- Mengukuhkan inisiatif ilmu dan pendidikan yang bermanfaat kepada ummah;
- Mengukuhkan kualiti penyiaran media Radio IKIM, tvIKIM dan media digital kepada
umat Islam dalam dan luar negara; - Mengembangkan penyebaran kefahaman Islam melalui industri penerbitan filem
Islam; - Membangunkan dana wakaf yang kukuh supaya pengurusan kewangan untuk
aktiviti-aktiviti ilmu, pendidikan dan media yang lebih lestari dan berkekalan; - Menerima dan membangunkan hartanah wakaf untuk manfaat IKIM;
- Membiayai apa-apa inisiatif lain yang selari dengan matlamat penubuhan IKIM.
Pegawai Berkenaan :
Tuan Haji Abu Bakar bin Yang Pengarah Emel: [email protected] |
Puan Farah Hani binti Misri Penolong Pegawai Tadbir Emel: [email protected] |
Encik Muhammad Hazim bin Hasan Basri Penolong Pegawai Tadbir Emel: [email protected] |
Encik Muhammad Farid bin Mohd Damiri Penolong Pegawai Kewangan Emel: [email protected] |
Tel: (GL) 03-6204 6200