Dalam sistem pemerintahan bercorak demokrasi berparlimen, pilihanraya merupakan mekanisme politik terpenting bagi mendapatkan mandat dan pengesahan kuasa dari rakyat. Mekanisme dan proses politik ini· menjadi saluran utama untuk membuktikan kebenaran slogan,· “kerajaan dari rakyat, untuk rakyat da~ oleh . rakyat”. Menurut Robert Dahi, pilihanraya merupakan teknik utama untuk menentukan supaya pemimpinpemimpin kerajaan secara berkadaran (relatif) akan bertanggungjawab kepada bukan pemimpin.
Bagi negara kita, pilihanraya sentiasa menarik minat setiap pihak yang ·berkepentingan, baik yang mgm mempertahankan kuasa mahupun yang ingin mendapatkan kuasa. Ini menunjukkan betapa pentingnya pilihanraya dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
Malaysia, sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi telah melalui sebanyak sembilan kali pilihanraya umum, bermula dari tahun 1955 sehingga tahun 1990. Ini tidak termasuk pilihanraya-pilihanraya kecil yang berlaku di luar jangkaan.
Menurut Milne dan Mauzy, menjelang tahun 1976, Malaysia merupakan satu-satu negara di Asia Tenggara, kecuali Singapura yang mengadakan pilihanraya bebas dengan tetap sejak merdeka.
Malaysia merupakan satu-satunya negara yang berjaya mengadakan pilihanraya yang tetap (constantl tanpa mengira bagaimana ianya menjalankan pilihanraya tersebut.
Apa yang penting ialah setiap lima tahun sekali pasti ada pilihanraya, yang kebiasaannya belum mencapai lima tahun, sudah diumumkan pilihanraya tersebut. Seterusnya beliau mengatakan bahawa Malaysia setanding dengan negara-negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat, Jepun, Australia, Perancis dan beberapa buah negara lagi seperti Singapura, India dan lain-lain lagi.
Seorang sarjana politik dari India yang membuat kajian di Malaysia, Shiv Lai, menjelaskan bahawa Malaysia merupakan negara contoh yang paling sesuai dalam mengamalkan sistem demokrasi kerana pilihanraya untuk membentuk parlimen diadakan mengikut masa yang dijadualkan.
Jika dibandingkan demokrasi Zaman Greek dengan demokrasi zaman kini amat jauh bezanya. Kalau dahulu jika sesebuah negara itu diperintah mengikut kaedah demokrasi bermakna kesemua rakyat berhak campurtangan dalam hal ehwal pemerintahan negeri itu terutama berkenaan dengan membuat undang-undang negeri.
Pada ketika itu, rakyat akan berkumpul beramai-ramai di suatu tempat untuk membincangkan undang-undang yang hendak dibuat seperti yang dilakukan oleh orang-orang Greek di dalam “city-state”.
Dalam sistem demokrasi masa kini, adalah mustahil untuk mengumpulkan rakyat beramai-ramai di suatu tempat bagi melantik pemimpin. Oleh yang demikian, terpaksalah dilantik atau dipilih beberapa orang daripada rakyat itu untuk menjadi wakil-wakil rakyat yang ramai tadi, dan mereka ini berkumpul di suatu tempat mesyuarat yang digelar sebagai Parlimen seperti yang dijalankan di Malaysia. Wakil-wakil ini biasanya dipilih dengan undi yang rahsia melalui satu pilihanraya.
Apakah sistem pilihanraya memenuhi kehendak dari citarasa sistem politik lslam?
Dalam lslam, pemilihan ketua negara tidaklah statik sifatnya. Pemilihan ketua negara boleh dibuat melalui pelbagai cara. Cuma lslam mensyaratkan supaya pemilihan yang dibuat mestilah tidak bercanggah dengan ajaran lslam. Dengan sebab itu Rasulullah S.A.W tidak mencalonkan sesiapapun selepas keyvafatannya walaupun Baginda tahu bahawa ada calon yang layak untuk menggantikannya.
Dalam sejarah lslam, pemilihan ketua negara dibuat melalui beberapa cara:
- i) Melalui Nas yang jelas terkandung di dalam AI· Quran iaitu pemilihan Rasulullah S.A.W. sebagai ketua
negara telah ditetapkan oleh Allah S.W.T melalui bimbingan wahyu.
- ii) Melalui Syura (perun~ingan)
iii) Melalui penyerahan oleh khalifah terdahulu kepada puteranya atau seseorang ahli keluarganya yang
lain yang lazimnya disebut “waliyatul ‘ahdi (putera mahkota).
- iv) Melalui perebutan jawatan khalifah oleh seseorang dengan kekerasan.
Menurut A. Hasjmy, inilah cara-cara pemilihan yang terjadi dalam sejarah lslam. Pemilihan ketua negara (jabatan khalifah) adalah hak semua orang lslam. Justeru itu, orang lslam berhak memilih ketua negaranya sesuai dengan cara·cara yang tidak bertentangan dengan prinsip lslam itu sendiri.
Bagi Sayyid Abul A’la AI·Maududi, cara pemilihan ketua negara hendaklah dibuat mengikut kaedah berikut:
- i) Dalam sebuah negara lslam, pemilihan ketuanya bergantung seluruhnya kepada kehendak rakyat.
umum dan tidak seorangpun yang berhak menonjolkkan dirinya secara paksa sebagai amir. Rakyat hendaklah diberikan kebebasan untuk memilih secara terbuka ketua negara mereka.
- ii) Tidak ada kelas atau suku· yang mempunyai monopoli kepada jabatan ini.
iii) Pilihanraya I!lestilah diadakan dengan kehendak rakyat dan tanpa kekerasan atau paksaan.
Fakta-fakta ini menunjukkan bahawa cara pemilihan ketua negara melalui sistem pilihanraya tidak bercanggah dengan lslam. Untuk menjelaskan cara pemilihan ketua negara menurut lslam berikut diperturunkan dua peristiwa pemilihan ketua negara pada zaman para sahabat.
Pemilihan Khalifah Abu Bakar
Setelah Rasulullah S.A.W. wafat, kaum Ansar berkumpul di sebuah tempat bernama Saqifah Bani Saidah dan bertekad untuk melantik Saad bin Ubadah menjadi khalifah.
Peristiwa ini ketahui oleh Umar, lalu diberitahu kepada Abu Bakar. Di Saqifah Bani Saidah, Abu Bakar telah memberi ucapan supaya melantik Umar atau Abu Ubaidah sebagai Khalifah. Mendengar sahaja ucapan demikian, Umar dan Abu Ubaidah bangun dan berkata:
“Demi Allah, kami tidak akan mendahului engkau dalam jabatan ini, kerana engkau adalah Muhajirin istimewa dan. Khalifah Rasulullah dalam sembahyang. Hulurkan tanganmu, kami akan membaiah untuk engkau”
Ketika keduanya hendak membaiah Abu Bakar, maka Bashir bin Saad dari kaum Ansar mendahului mereka membaiah. Ini seterusnya diikuti oleh seluruh masyarakat lslam ketika itu.
Pemilihan Khalifah Abu Bakar sebagai ketua negara itu selaras dengan apa yang difirmankan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran yang’ bermaksud:
Dan perkara mereka dimusyuwarahkan di antara mereka (As-Syura: 38)
Peristiwa ini menjelaskan kepada kita bahawa perkara yang berkaitan dengan urusan negara patut dimesyuwarahkan. Maka adalah menjadi kewajipan kepada umat lslam untuk memilih ketua mereka yang dapatr memimpin· mereka dan melaksanakan perintah· perintah Allah S. W. T. di kalangan mereka.
Pemilihan Khalifah Umar
Pemilihan Khalifah Umar berbeza sedikit dengan pemilihan Khalifah Abu Bakar. Ketika Khalifah Abu Bakar uzur, beliau telah mengadakan perundingan dengan para sahabat untuk mencalonkan Umar sebagai penggantinya. Setelah mendapat persetujuan mereka, lalu Khalifah Abu Bakar mengumumkan keputusan tersebut dalam satu perhimpunan umat lslam di hadapan rumahnya yang berbunyi:
”Adapun setelah itu, maka aku telah mengangkat Umar sebagai calon Khalifah selepas aku. Aku kira tidak orang yang lebih baik daripadanya”
Seterusnya Khalifah Abu Bakar berkata:
“Apakah saudara-saudara senang dengan orang yang saya calonkan menjadi khalifah. Sesungguhnya saya tidak mencalonkan kamum kerabatku, hanya aku mencalonkan Umar. Kerana itu dengar dan taatilah dial”
Serentak dengan pengumuman itu, kaum Muslimin yang hadir menjawab:
“Kami akur dan taat”
Setelah wafatnya Khalifah Abu Bakar, maka Khalifah Umar telah dilantik dan dibaiah oleh rakyat jelata. Sejurus selepas pembaiatan tersebut, Khalifah Umar lalu berucap:
“Sesungguhnya orang Arab adalah laksana unta jinak yang patuh kepada pengembalanya. Kerana itu hendaklah pengembala itu memperhatikan benar-benar ke mana akan dibawa untanya itu! Demi Tuhan, aku akan membimbing kamu ke jalan yang benar”
Penjelasan ini menunjukkan bahawa tujuan Khalifah Abu Bakar menonjolkan Umar menjadi calon khalifah, bukan beerti beliau membelakangkan rakyat. Pilihan beliau telah dipersetujui oleh rakyat semasa pengumuman dibuat tanpa bangkangan.
Berdasarkan dua contoh di atas, sistem pemilihan ketua negara dalam lslam tidak statik sifatnya. Ia berubahubah selagi mana pemilihan tersebut tidak bercanggah dengan ajaran lslam serta menepati kriteria-kriteria yang telah digariskan. Ternyata bahawa sistem pilihanraya boleh dipraktikkan dalam pemilihan pemimpin. Tetapi, cara bagaimana pilihanraya berjalan mest.ilah berlandaskan kepada garis panduan yang telah ditetapkan. Ini bermakna kempen·kempen pilihanraya yang melibatkan rasuah wang, fitnah·menfitnah, surat layang dan sebagainya hendaklah dielakkan.