Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee) seperti yang berikut:

1.0 Pembantu Tadbir (Perkeranian) Gred N1

1.1 (a)   Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian) Gred N1 (4 kekosongan)
(b)   Kumpulan: Pelaksana
(c)    Taraf Jawatan: Tetap (Tempoh percubaan satu (1) hingga maksimum tiga (3) tahun)
1.2

 

Gaji Pokok

 

Gaji Minimum                 : RM1,652.00
Gaji Maksimum               : RM5,071.00
Kenaikan Gaji Tahunan   : RM100.00
1.3

 

(a) Elaun
(i)     Khas RM115.00
(ii)    Perumahan RM300.00
(iii)   Imbuhan Sara Hidup RM350.00
1.4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Syarat Lantikan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:

(a)   Warganegara Malaysia;

(b)   Berumur tidak kurang dari 18 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)    Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) atau atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh IKIM; atau

(Gaji Permulaan ialah pada Gred N1: RM1,652.00); atau

(d)     Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan

(Gaji Permulaan ialah pada Gred N1: RM1,708.00); atau

(e)     Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan

(Gaji Permulaan ialah pada Gred N1: RM1,764.00);

(f)      Kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(g)     Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada 2 tahun di dalam bidang pentadbiran pejabat di sektor awam atau swasta;

(h)    Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, kemahiran komunikasi yang baik, pengalaman bekerja dan berkemahiran di dalam pentadbiran pejabat. 

1.5 Bidang Tugas Membantu Ketua Unit/Pusat/Bahagian dalam urusan dokumentasi dan perkeranian serta kerja-kerja berkaitan pentadbiran pejabat.
1.6

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cara Permohonan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(a)  Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan, keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p.: Unit Modal Insan)
Tel: 03-62046375 

(b)  Salinan  sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu.

(c)  Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat.

(d)  Permohonan hendaklah melalui pos atau serahan tangan SAHAJA ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 30 Januari 2025 jam 4.30 petang.

(e)  Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses.

1.7 Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.