Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee) seperti yang berikut:

1.1 (a) Jawatan: Pegawai Penyelidik Kanan Gred DQ10 (1 kekosongan)
(b) Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
(c) Taraf Jawatan: Tetap (Tempoh percubaan satu (1) hingga maksimum tiga (3) tahun)
(d) Penempatan: Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (Pusat EMAS)
1.2 Gaji Pokok

Pegawai Penyelidik DQ10
Gaji Minimum                 : RM3,938.00
Gaji Maksimum               : RM12,752.00
Kenaikan Gaji Tahunan   : RM250.00

1.3 (a) Elaun
(i)      Imbuhan Tetap Keraian (ITK) : RM400.00
(ii)     Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM400.00
(iii)    Imbuhan Sara Hidup : RM300.00
1.4 Syarat Lantikan Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti yang berikut:

(a)   Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 28 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan;

(b)   Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan dengan kekeluargaan dan wanita;dan mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada tiga (3) tahun; atau

(Gaji Permulaan ialah pada Gred DQ10: RM3,938.00)

(c)   Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

      (Gaji Permulaan ialah pada Gred DQ10: RM4,274.00)

(d)   Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(e)   Penguasaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris yang baik adalah satu kelebihan

1.5

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bidang Tugas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(a)   Membantu Pengarah Pusat dan pegawai-pegawai yang lebih kanan dalam menjalankan sesuatu tugasan apabila diminta berbuat demikian Ini  antaranya melibatkan aktiviti-aktiviti berikut:

i.   Merancang dan merangka penyelidikan;
ii.   Menentukan golongan sasar dan sampel kajian
iii.   Merangka dan membangunkan teknik-teknik pengumpulan data seperti membangunkan soalan temubual dan soalan untuk kaji selidik;
iv.   Mengumpul dan memasukkan data ke dalam komputer; dan
v.   Menganalisis data, menulis dan melapor kajian.

(b)   Menelaah buku-buku dan pelbagai sumber rujukan untuk menghasilkan kajian literatur bagi kertas konsep dan bentuk penulisan yang lain.

(c)   Mencadangkan projek penyelidikan yang berkaitan dengan bidang pengkhususan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Pusat.

(d)   Melaksanakan projek penyelidikan yang telah ditentukan dan diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan.

(e)   Menyiapkan kertas seminar atau kertas yang berkenaan dengannya dalam tema dan bidang yang tertentu.

(f)    Menyelaraskan seminar/forum/syarahan umum dan aktiviti lain yang mempunyai kaitan dengan projek dan program yang sedang dijalankan.

(g)   Mengumpulkan kertas kerja daripada seminar/program di atas untuk diselaraskan sebagai asas penerbitan buku IKIM.

(h)   Menjalankan kerja penyuntingan buku/majalah/jurnal terbitan IKIM dalam bidang pengkhususan tertentu. .

(i)    Membentangkan kertas kerja/menyampaikan ceramah/penampilan media anjuran IKIM atau organisasi luar.

(j)    Menulis artikel untuk akhbar dalam bidang tertentu sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.

(k)   Menjadi salah seorang pembentang dalam seminar yang diselaraskan sekiranya ia sesuai dengan bidang/kepakaran masing-masing, tertakluk pada kelulusan pengurusan tertinggi.

(l)    Membuat pengisian di IKIMfm dalam slot-slot tertentu.

(m)  Tugas- tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

1.6

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cara dan Syarat Pemohonan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(a)    Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap(resume/ curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Modal Insan (UMIN))
Tel: 03-62046370/374

 (b)  Salinan  sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu.

(c)  Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat.

(d)  Permohonan hendaklah melalui pos atau serahan tangan sahaja ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 8 Disember 2025 jam 4.30 petang.

(e)  Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses.

1.7 Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temu duga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.