Penulis : Abu Bakar Yang
Harga : RM35.00 (Harga Tidak Termasuk GST dan Kos Penghantaran)
Berat Buku : 0.25kg
Kategori : Buku, Sains
SKU: 978-983-2636-93-9
Sama ada kita sedar ataupun tidak,banyak fenomena yang berlaku di alam ini masih menjadi persoalan yang belum terjawab. Maka dengan itu, manusia dengan segala kudratnya berusaha untuk mengkaji dan memahami fenomena-fenomena tersebut. Bagi yang beriman, alam ini adalah tanda-tanda kebesaran Allah SWT yang telah menciptanya dengan penuh kesempurnaan demi untuk kebaikan dan kesejahteraan manusia itu sendiri di samping dituntut untuk memelihara dan mentadbir alam ini dengan sebaik-baiknya. Maka untuk itu, Allah SWT melantik manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab untuk menjadi pengurus dan pentadbirnya.
Persoalannya, adakah manusia yang beriman itu telah melaksanakan tanggungjawab kekhalifahannya dengan memakmurkan alam ini sebaik-baiknya ataupun manusia itu sendiri cuai dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan.