Perkembangan mutakhir mengenai pelaksanaan sistem ekonomi lslam di Malaysia semakin berjaya. Untuk menjamin kejayaan ekonomi lslam yang berterusan ianya memerlukan sistem kewangan lslam yang baik selain daripada kestabilan politik· dan partisipasi orang ramai. Sistem kewangan lslam telah menembusi struktur kewangan di Malaysia dengan terdapatnya Bank lslam dan kini terdapat 20 bank dan institusi kewangan yang mengamalkan sistem perbankan tanpa faedah(SPTF). Manakala dalam sistem kewangan bukan bank terdapat pula Lembaga Urusan Tabung Haji, Syarikat Takaful Malaysia dan pajak-gadai lslam atau Ar Rahn.
Pelancaran Bon Mudharabah Cagamas pada 1 hb Mac 1994 oleh Timbalan Perdana Menteri telah menambahkan lagi instrumen kewangan lslam di Malaysia. lnilah kali pertama di dunia bon gadai janji diwujudkan berdasarkan prinsip-prinsip lslam. Perkembangan yang positif ini adalah ~ diharapkan akan dapat memantapkan lagi penyatuan umat lslam di dalam kegiatan ekonomi negara.
Bon Mudharabah Cagamas melibatkan dua unsur. Yang pertama ialah pembelian hutang perumahan secara lslam dari institusi-institusi yang memberi kemudahan pinjaman perumahan secara lslam kepada pelanggan-pelanggan dan kakitangan mereka. Pada pelancaran tersebut perjanjian telah dimeterai dimana Cagamas Berhad telah membeli hutang perumahan secara lslam dari Bank lslam Malaysia Berhad yang berjumlah sebanyak RM30 juta. Unsur yang kedua ialah pengeluaran bon secara AI-Mudharabah oleh Cagamas untuk membiayaipembeJian hutang perumahan tersebut. Buat permulaan Bon Mudharabah Cagamas bernilai RM30 juta diterbitkan untuk ditawarkan kepada institusi-institusi kewangan SPTF. Bon ini boleh dilanggan oleh mana-mana pihak samada institusi-institusi kewangan atau individu.
Pembelian hutang perumahan secara lslam oleh Cagamas diuruskan menurut prinsip Bai’ AI-Dayn (jual-beli hutang). Manakala pengeluaran Bon Mudharabah Cagamas dilaksanakan mengikut konsep Mudharabah(perkongsian untung). Pemegang bon dan Cagamas akan berkongsi keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui. Bon Mudharabah Cagamas yang pertama diterbitkan dengan tempoh pemegangan selama tiga tahun dan nisbah pembahagi keuntungan 90: 10 (90% untuk pemegang bon dan 10% untuk Cagamas). Keuntungan akan dibayar dalam bentuk kupon setengah tahunan dimana perolehan akan diumumkan pada tarikh pembayaran kupon. Keuntungan yang diperolehi adalah dari operasi pembelian hutang perumahan secara lslam dan pelaburan semula dana yang diterima oleh Cagamas.
Penqsekuritian hutang perumahan ini yang mengabungkan dua prinsip lslam , iaitu Bai’ AI-Dayn dan AI-Mudharabah, digabungkan dengan satu konsep passthrough, yang biasa digunakan dalam prinsip bon konvensional untuk menerbitkan Bon Mudharabah Cagamas. Melalui mekanisme baru ini hutang perumahan secara lslam yang dipegang oleh peminjam adalah mudah tunai.
Skim baru ini dapat membuka lebih banyak peluang pinjaman perumahan kepada sebahagian besar rakyat termasuk golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah. Ini bermakna pihak yang memberi pinjaman perumahan secara lslam dapat mengurangkan kos mereka dengan menjual hutang kepada Cagamas Berhad. Oleh yang demikian institusi-institusi kewangan yang menawarkan pinjaman perumahan tadi dapat pembiayaan semula secara berterusan daripada Cagamas supaya mereka mampu menawarkan lebih banyak pembiayaan perumahan secara lslam kepada masyarakat dengan kadar yang berpatutan.
Keupayaan Cagamas Berhad yang berfungsi menghubungkan pemiutang utama pinjaman perumahan dengan pelabur jangka panjang melalui penerbitan. sekruiti gadai janji secara konvensional untuk diniagakan dalam pasaran telah memberi ilham untuk menghasilkan sekruiti seumpamanya secara lslam. Cagamas Berhad telah ditubuhkan pada bulan Disember, 1986, merupakan sebuah perbadanan gadai janji.
Kini umat lslam di Malaysia sedang menantikan pelancaran ‘Unit Trust’ oleh Bank lslam Malaysia Berhad yang masih dalam perbincangan dan rundingan untuk mengukuhkan struktur kewangan di peringkat pasaran modal.
Cabaran yang dihadapi dalam proses ini ialah kekurangan pakar dalam (menterjemahkan ilmu untuk direalisasikan sesuai dengan syariah lslam. Perlulah pakar-pakar syariah bergabung tenaga dengan pakar-pakar korporat dan akademik untuk menghasilkan inovasi yang canggih. Sistem konvensional tidak semuanya menyimpang dari semangat syariah sehingga semuanya harus ditolak. Tetapi terdapat sesetengah kalangan masyarakat yang merasakan kesemua instrumen lslam yang wujud tidak sempurna tanpa memberi sumbangan untuk memperbaiki sistem yang ada. Kaedah perundangan, keperluan ekonomi dan kesesuaian dengan masyarakat perlu diambil kira dalam memperkenalkan sistem dan instrumen kewangan lslam.
Amatlah perlu pihak yang terbabit dalam memperkenalkan instrumen kewangan lslam meneliti pengurusan dan perlaksanaannya terjamin. Malah orang ramai haruslah memberi sokongan dan menyedari faedah yang boleh didapati dari amalan sistem ekonomi lslam yang mementingkan keadilan ekonomi. Adalah diharapkan satu sistem kewangan lslam yang lengkap wujud di Malaysia malah di negara-negara lslam yang lain supaya wujud satu sistem kewangan antarabangsa secara lslam.