Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah (MAIWP) bersama-sama agensi-agensi lain telah menganjurkan Majlis Pelancaran Program Marhaban Ya Ramadan: Ramadan Tanpa Pembaziran di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Muhahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) pada 29 April 2019.
Objektif utama program ini adalah untuk:
- Menerapkan kesedaran kepada umat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia umumnya bahawa pembaziran makanan adalah perbuatan yang amat dilarang dalam agama kerana ia membawa kepada pembaziran sumber dan memudaratkan alam sekitar;
- Menggerakkan institusi-institusi di dalam masyarakat khususnya masjid sebagai pemangkin kepada usaha pencegahan pembaziran makanan di peringkat kariah sesuai dengan konsep Masjid RAHMAH;dan
- Menerangkan dan mempromosikan inisiatif-inisiatif yang diambil oleh pelbagai pihak dalam memastikan pembaziran makanan dapat dikurangkan.



