Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee) seperti yang berikut:
- SETIAUSAHA PEJABAT GRED N5 (1 Kekosongan)
| 1.1 | (a) Jawatan | Setiausaha Pejabat gred N5 (Nota: Jawatan ini setaraf dengan Gred 5 dalam Skim Perkhidmatan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia) |
| (b) Kumpulan | Pelaksana | |
| (c) Taraf Jawatan | Tetap (Tempoh percubaan satu (1) hingga maksimum tiga (3) tahun) |
|
| 1.2
|
Jadual Gaji
|
Minimum RM2,256.00 Maksimum RM6,942.00 Kenaikan gaji tahunan RM145.00 (Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman) |
| 1.3 | Elaun | |
| (a) Khas | RM160.00 | |
| (b) Perumahan | RM300.00 | |
| (c) Imbuhan Sara Hidup | RM350.00 | |
| (d)Elaun Pembantu Khas
|
RM190.00 (VU 5 & 6); atau RM150.00 (VU7); atau RM120.00 (Gred 14) |
|
| (d)Elaun Trengkas
|
RM85.00
(Layak diterima oleh Setiausaha Pejabat yang mempunyai Sijil |
|
| 1.4
|
Syarat Lantikan
|
(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 23 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan; (b) Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannyaoleh IKIM; atau (c) Diploma Kesetiausahaan/Sains Kesetiausahaan/Pengurusan Kesetiausahaan/Pengurusan dan Teknologi Pejabat yangdiiktiraf oleh IKIM daripada Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (d) Kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), padaperingkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; (e) Mempunyai pengalaman tidak kurang dua (2) tahun dalam bidang berkaitan; dan (f) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik dan pengalaman bekerjayang berkaitan dengan bidang tugas. |
|
1.5
|
Antara Bidang Tugas & Tanggungjawab Utama
|
(a) Membantu Pengarah/Pengurus sebagai Urus Setia bagi mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa di bawah seliaan seperti urusan draf surat-menyurat, laporan, bertanggungjawab mengedar cabutan Minit Mesyuarat yang diterima oleh Pengarah/Pengurus untuk maklum balas pegawai yang berkenaan, bertanggungjawab mengumpul dan menghantar laporan-laporan yang telah lengkap untuk disemak terlebih dahulu oleh Pengarah/Pengurus sebelum didokumentasikan,menguruskan penyediaan lokasi dan logistik mesyuarat-mesyuarat yang melibatkan pihak luar, menyelenggara dan (b) Menerima panggilan telefon bagi pihak Pengarah; (c) Membuat kerja-kerja kesetiausahaan seperti mengambil catatan dan menaip surat, laporan, memo, Minit Mesyuarat dan lain-lain; (d) Mengatur temu janji bagi pihak Pengarah/Pengurus; (e) Menerima dan meraikan tetamu Pengarah/Pengurus; (f) Mengemaskini jadual harian Pengarah/Pengurus setiap masa; (g) Membuat jadual perjalanan dan tempahan penginapan bagi pihak Pengarah/Pengurus; Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. (h) Membuat tuntutan perjalanan bagi pihak Pengarah/Pengurus; (i) Menguruskan kunjungan hormat ke agensi luar yang berkaitan; dan (j) Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. |
| 1.6
|
Cara Permohonan
|
(a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan berserta keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) (b) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu. (c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat. (d) Permohonan hendaklah melalui pos atau serahan tangan sahaja ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 7 November 2025 jam 4.30 petang. (e) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses. |
| 1.7
|
Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temu duga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup. |

