Sabda Nabi S.A.W..
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat”
(HR – Muslim)
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Muslim care Malaysia Society melancarkan TABUNG BANTUAN MANGSA BANJIR bagi membantu saudara kita yang terjejas akibat banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Ayuh! Sama-sama kita ringankan beban mereka dengan memberi sumbangan melalui:
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Nama : Muslim Care Malaysia Society
No akaun : 14032010093666
Rujukan : Banjir
Sesungguhnya setiap ringgit yang disedekahkan, pasti memberi makna yang besar buat mereka.! Mudah-mudahan Allah SWT luaskan rezeki dan hadiahkan ladang pahala buat anda yang sudi menyumbang.