“Kembara Ilmiah Mesir merupakan penambahan variasi program dibawah pengendalian Unit Program dan Latihan yang bersifat rekreasi namun masih berkonsepkan pengisian ilmu dalam usaha meluaskan lagi program-program IKIM.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al- Hajj, ayat 46)
Melancong sebenarnya bukan sekadar berhibur, sebaliknya apabila dilakukan berlandaskan syariat agama, kelak memperoleh manfaat dan berkat Allah SWT sekali gus dianggap jihad kecil.
Negara Mesir adalah sebuah negara yang sangat istimewa kerana sejarahnya telah disebutkan beberapa kali di dalam al-Quran. Selain itu, Mesir juga merupakan negara yang sarat dengan nilai sejarah yang tinggi dengan berbilang ketamadunan sejak beribu tahun yang lampau.
Daftar hari ini!”
UNTUK PERTANYAAN & KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:
- Pn. Hjh. Mazlina Ismail : 016-2214327
- YUSR Travel & Tours (Admin) : 017-7236637