Pemimpin Dan Orang Ramai
Pimpinan dalam Islam adalah pimpinan yang merangkumi kedua-dua bidang fizikal dan kerohanian yang berasaskan kepada ajaran-ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah. Pemimpin dalam hal ini, dipandang dari perhubungannya dengan orang-orang yang dipimpinnya adalah ibarat seorang bapa dalam satu keluarga. Ia tentulah mempunyai hubungan yang rapat dengan setiap orang anggota keluarganya, iaitu perhubungan yang menjamin kebahagiaan dan kebajikan mereka, bukan hanya dari segi lahir atau kepentingan kebendaan semata-mata, tetapi juga dari segi perasaan, kepuasan hati dan jiwa, dan sebagainya…