Tidak Kufur Menghormati Budaya Lain

MENGHORMATI cara hidup dan budaya orang lain, iaitu orang bukan Islam, dalam cara pemakanan, pakaian dan sebagainya tidaklah menjadi sesuatu yang dilarang agama kita. Orang lain boleh makan makanan yang haram pada orang Islam, boleh minum minuman yang juga haram pada kita orang Islam dan berbagai-bagai aktiviti sosial dan budaya yang dilakukan oleh orang bukan…

Harapan dari Tanah Suci

Sememangnya ibadat haji memerlukan tenaga dan pemikiran yang kental, sekaligus memerlukan kesabaran dan ketenangan. Semasa saya menulis artikel ini, umat Islam baru sahaja selesai menyempurnakan ibadat haji dengan berakhirnya acara melontar jamrah pada hari ke-13 Zulhijjah dan selamat menunaikan tawaf dan sa’i haji. Tawaf dan sa’i selepas melontar jamrah merupakan satu kerja yang amat mencabar.…

Buta Tidak Semestinya Buta Mata

Ketika saya menulis tentang orang yang buta dan pekak serta bisu di dalam tulisan saya yang lalu, saya tidak maksudkan orang yang buta mata, pekak telinga dan bisu lidah mereka secara fizikal. Orang cacat penglihatan dan pendengaran, dan orang yang bisu lidahnya tidak semestinya cacat akhlak dan moralnya, atau cacat ilmu dan pengetahuannya. Maka dalam…

Ulama dan Sarjana Patut Muafakat

Pertelagahan yang berlaku di antara golongan-golongan Islam haruslah diselesaikan dengan baik. Cara untuk menyelesaikan pertelagahan secara baik adalah bergantung kepada sikap yang ikhlas dan jujur daripada kedua-dua belah pihak yang berkrisis. Demikianlah halnya dengan perselisihan yang berlaku di antara Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan beberapa orang penulis negara kita yang sedang dibicarakan dengan panas sekarang…

Sikap Membisu Umat Islam

Musim haji tahun ini menjelma dalam keadaan yang agak luar biasa bagi umat Islam. Ia tiba buat pertama kalinya selepas peristiwa 11 September yang berlaku di New York dan Washington. Peristiwa itu nampaknya telah memberi restu kepada sesiapa sahaja, di peringkat individu atau kerajaan dan pertubuhan, untuk mengambil tindakan sesuka hatinya kepada golongan musuh yang…

Mengubah Sikap Pesimis Umat Melayu

Isu dan proses pembukaan minda umat Melayu Islam yang mulai dibicarakan dua hari yang lalu di persidangan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka tentunya menarik perhatian umum. Perdana Menteri telah memberikan pandangannya dalam ucaputamanya. Penekanannya tentang Melayu yang seharusnya mengakui kelemahan diri dan berusaha memperbaikinya merupakan satu pembuka kata yang memerlukan seribu pentafsiran dan tindakan. Saya…

Fahami Tafsiran Sebenar Perang

Pihak media Barat yang diperalatkan oleh golongan yang mahu menggambarkan imej buruk Islam sering menghubungkan perjuangan Islam yang suci atau jihad dengan keganasan dan pembunuhan. Jihad telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai holy war atau peperangan suci. Terjemahan ini memberikan kefahaman yang jelas bahawa Islam adalah ditegakkan dengan mata pedang dan dikembangkan dengan peperangan.…

Hayati Pegangan Toleransi Antara Agama

Rakyat negara kita selama ini telah menunjukkan contoh yang baik dalam bertolak ansur sesama sendiri menerusi toleransi agama, budaya dan kehidupan sosial umumnya. Dalam beragama, kita telah menunjukkan model yang amat baik. Dengan kewujudan berbagai-bagai agama di negara ini, nampaknya kita telah dapat mengharmonikan penganut berbagai agama itu. Demikian juga dalam kesepaduan kehidupan budaya dan…

Terperangkap Dalam Jebak Sendiri

Nampaknya dunia Islam menghadapi kekeliruan yang besar pada hari ini akibat beberapa perkembangan yang berlaku dalam masyarakat Islam disebabkan oleh unsur dalaman dan luaran. Kekeliruan itu mengambil bentuk kehancuran kepada diri sendiri, cetusan emosi dan sentimen yang melampau dan ketidaktentuan pemikiran kerana ketandusan ilmu pengetahuan yang mencukupi. Peristiwa 11 September akan menghantui umat Islam sehingga…

Hakikat Masa Lalu dan Akan Datang

Empat hari memasuki tahun baru, ingatan kita kepada tahun 2001 bercampur aduk di antara perasaan duka dan suka. Kita berdukacita kerana peristiwa-peristiwa sedih dan buruk yang berlaku dalam tahun lalu itu, dan sebaliknya kita merasa sukacita kerana kita diberikan Allah s.w.t. kesihatan dan ketenteraman di dalam diri kita dan masyarakat di sekeliling. Bagaimanapun, sama ada…