SYARIAH DAN WANITA ISLAM
Sebelum kedatangan Islam telah lahir bangsa-bangsa lain yang termasyhur seperti bangsa Yunan, Rom, Hindu, Yahudi, Nasrani dan Arab. Menurut undang¬undang yang berlaku pada bangsa Yunan, perempuan diperlakukan seperti barang dagangan. Dijualbeli di pasar-pasar. Hak kebebasan dan martabat mereka dinafikan. Mereka tidak mempunyai hak dalam perwarisan. Perempuan dipaksa berkahwin dengan orang yang ditentukan. Dalam menentukan perkahwinan hak bertindak terletak sepenuhnya pada lelaki. Perempuan tidak diberi hak menuntut penceraian, kecuali didalam keadaan yang amat istimewa. Perempuan tidak diberi kebebasan untuk membuat pengaduan ke muka pengadilan mengenai rnasalah rumahtangga.