Sebelum kedatangan Islam telah lahir bangsa-bangsa lain yang termasyhur seperti bangsa Yunan, Rom, Hindu, Yahudi, Nasrani dan Arab. Menurut undangundang yang berlaku pada bangsa Yunan, perempuan diperlakukan seperti barang dagangan. Dijualbeli di pasar-pasar. Hak kebebasan dan martabat mereka dinafikan. Mereka tidak mempunyai hak dalam perwarisan. Perempuan dipaksa berkahwin dengan orang yang ditentukan. Dalam menentukan perkahwinan hak bertindak terletak sepenuhnya pada lelaki. Perempuan tidak diberi hak menuntut penceraian, kecuali didalam keadaan yang amat istimewa. Perempuan tidak diberi kebebasan untuk membuat pengaduan ke muka pengadilan mengenai rnasalah rumahtangga.
Di kalangan masyarakat Rom, anak-anak yang lahir diserahkan ke rumah asuhan. Kuasa yang ada pada tempat asuhan ini sangat luas sehingga boleh melakukan apa sahaja. Setelah agak besar sedikit barulah anak-anak itu dibawa ke pangkuan keluarga. Apabila anak perempuan telah cukup umur, tempat asuhan berhak mengahwinkannya. Tempat ini juga berhak keatas harta benda anak-anak tersebut. Hasil usaha diserahkan kepada tempat asuhan.
Sedikit perubahan berlaku di zaman Kaisar Konstentin memerintah iaitu perempuan boleh memiliki hart a yang diwarisi dari ibunya, tetapi tidak dari bapa. Bagaimanapun bapa berhak bertindak menggunakan harta tersebut. Bapa juga berhak mendapat sepertiga harta anak perempuannya.
Pemerintah Rom telah menyediakan undang-undang dua bel as fasal. Satu bahagian ada menyatakan bahawa ada tiga pihak yang tidak mampu bertindak iaitu:-
(i) Orang yang belum cukup umur
(ii) Orang yang sakit ingatan
(iii) Perempuan
Kitab Hindu “Manu” menyatakan bahawa perempuan tidak berhak melepaskan diri dari bapanya atau suaminya atau anaknya yang lelaki. Apabila mereka semua meninggal, dia akan menggantungkan hidupnya kepada salah seorang lelaki kaum kerabat suaminya. Dia tidak mempunyai hak dalam dunia kehidupan sepeninggalan suaminya. Bahkan adakalanya dia ikut mati bersama suaminya. Menurut agama Hindu dia akan dibakar bersama mayat suaminya di dalam upacara pembakaran. Adat ini berterusan berlaku sehingga abad ke tujuh belas.
Dikalangan orang Yahudi, bapa berhak menjual anak perempuannya. Perempuan tidak mendapat hak perwarisan dari bapanya kecuali apabila bapa tidak mempunyai anak lelaki. Bagaimanapun perempuan boleh menerima sumbangan dari bapanya. Saudara lelaki akan memberi nafkah dan mengambil mahar dihari perkahwinannya. Apabila keluarga atau wali-waris hanya perempuan dan tidak terdapat lelaki, maka perempuan itu tidak boleh dikahwinkan dengan keturunan lain dan tidak boleh memindahkan warisnya kecuali kepada keturunannya.
Orang Yahudi menganggap perempuan itu dikutuk oleh Tuhan. Ini dihubungkan dengan kisah Adam dan Hawa. Ada disebut dalam kitab Taurat bahawa orang-orang yang baik disisi Allah ialah orang yang menjauhkan diri dari perempuan.
Orang Nasrani menetapkan bahawa kahwin itu najis yang hams dijauhi. Menurut mereka orang yang membujang disisi Allah lebih mulia dari orang yang berkahwin. Ada yang menyatakan bahawa perempuan itu adalah pintu tempat masuknya syaitan. Oleh itu perempuan hams menyembunyikan kecantikannya kerana kecantikan itu senjata iblis untuk menfitnah dan menggoda.
Masyarakat barat terus memandang hina terhadap perempuan dan menafikan hak-hak mereka. Pernah berlaku dalam masyarakat Inggeris dimana undang-undang membenarkan seseorang lelaki menjual isterinya. Bahkan undang-undang Inggeris 1801 menentukan harga seorang isteri adalah enam pound, dengan syarat ada persetujuan dari isteri tersebut. Bagaimanapun undang-undang tersebut dipinda pada tahun 1805.
Masyarakat Arab Jahiliyyah telah menafikan kebanyakan hak-hak perempuan. Mereka tidak mempunyai hak untuk mewarisi harta dari bapanya. Tidak dihadkan jumlah isteri yang boleh dikahwini dan tidak ada penentuan yang tertentu dalam penceraian. Apabila seseorang meninggal dunia, dan meninggalkan isteri dan anakanak dari isteri pertama, maka anak tiri lelaki yang pertama itu berhak terhadap ibu tirinya. Dia boleh mengahwini ibu tirinya. Diantara nasib buruk yang menimpa perempuan-perempuan Arab ialah kepercayaan dikalangan setengah kabilah-kabilah itu yang menanam anak perempuan mereka hidup-hidup kerana dikatakan akan memberi aib dan malu. Kejahilan tersebut tercatat dalam al-Quran.
Apa yang dibentangkan diatas tadi adalah gambaran sepintas lalu pengalaman pahit yang dialami oleh wanita dalam sejarah umat manusia. Pada akhir abad keenam masehi, di Semenanjung Tanah Arab telah diutus seorang Rasul untuk memberi Rahmat kepada alam seluruhnya iaitu Rasulullah s.a.w. Rasul ini membawa ajaran Islam. Diantara persoalan yang diperjelaskan oleh Islam adalah mengenai dengan masalah wanita,
AI-Quran dan Sunah adalah dua sumber utama syariah. Diantara peristiharan yang disampaikan kepada manusia ialah mengenai kedudukan dan martabat wanita.
Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis yang menyentuh kedudukan wanita. Bahkan terdapat satusurah yang diberi nama surah al-Nisa’ dan surah al- Talaq. Dalam surah-surah ini sahaja terdapat banyak ayat yang khusus menyentuh tentang wanita dan rumahtangga. Sebagai permulaan diturunkan beberapa ayat-ayat tersebut.
Dalam surah al-Nisa ayat 1 Allah s.w.t berfirman yang bermaksud,
“Wahai sekalian manusia bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan menjadikan daripada (Adam) itu pasanganya (isterinya-Hawa) dan membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramal”,
Dalam sebuah hadis ada dinyatakan yang bermaksud,
“Sebaik-baik kesenangan di dunia adalah isteri yang solehah. Bilamana engkau memandangnya engkau akan merasa senang, dan bila engkau tiada di rumah nama baikmu dipeliharanya”. Riwayat Muslim
Berikut adalah diantara ayat-ayat yang terkandung dalam surah al-Baqarah dan al-Nisa’ mengenai wanita, yang menyatakan tentang banyak perkara khususnya mengenai rumahtangga.
Islam mewajibkan maskahwin diberikan kepada pengantin perempuan. Peraturan ini termaktub dalam al-Quran dan sunah Rasulullah s. a. w. Firman Allah S.W.t dan surah al-Nisa’ ayat 4 yang bermaksud,
“Dan berikanlah kepada perempua-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka. Kemudian jika mereka dengan suka hati memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai ni’mat yang lazat lagi baik”
Islam tidak menetapkan bentuk maskahwin samada dari segi kadar, jenis dan sebagainya. Seperti mana hadis nabi yang bermaksud,
“Berikanlah (isterinya itu) sekalipun hanya dengan sebentuk cincin dari besi”
2. Perkahwinan adalah merupakan satu perjanjian suci antara suami isteri. Firman
Allah S.W.t dalam surah al-Nisa’ ayat 21 yang bermaksud,
“Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu pada hal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan lain dan mereka pula (isteri-isteri kamu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu”
Yang dimaksudkan dengan perjanjian yang kuat ialah “aqad nikah” yang menghendaki supaya suami itu memberikan isteri dengan cara yang baik dan setiap pihak bertanggungjawab keatas pihak yang lain. Dengan aqad nikah telah menghalalkan pergaulan diantara lelaki dengan perempuan menurut lunas-lunas agama.
Apabila terbentuk keluarga di tentukan pula peraturan mengenai nafkah. Diantara peraturan yang ditetapkan adalah seperti dalam surah al- Talaq ayat 6 Allah berfirman yang bermaksud,
“Tempatkanlah mereka (isteri-isteri yang beriddah) di tempat di mana kamu tinggal sesuai dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar). Dan jika mereka mengandung maka berikanlah mereka nafkah sehingga melahirkan anak yang dalam kandungan mereka, kemudian jika mereka menyusukan anak kamu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan berundinglah diantara kamu (dalam hal menyusukannya) dengan cara yang baik”
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Baihaqi menyatakan yang bermaksud, dari Sayyidatina Aisyah La bahawanya Hindun binti Utbah telah bertanya,
“Ya Rasulullah sesungguhnya Abu Sufian (suaminya) adalah seorang yang kedekut. Dia tidak memberi saya belanja yang cukup untuk diri saya dan anak-anak kami kecuali jika saya ambil dengan tidak diketahuinya”
Rasulullah menjawab:
“Ambillah sekadar yang mencukupi keperluanmu dan anak-anak kamu dengan cara yang baik”
Islam membenarkan seorang suami menceraikan isterinya dengan cara-cara tertentu dengan implikasi hukum yang tertentu. Dalam surah al-Nisa’ terdapat ayat diantaranya:-
Ayat 232 yang bermaksud,
“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) lalu habis iddah mereka, maka janganlah kamu (wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka bersetuju antara mereka dengan cara yang baik”
Islam telah menetapkan hak keatas harta yang dipelihara samada harta yang didapati dengan cara usaha sendiri atau bersama dan harta perwarisan.
Dalam surah al-Nisa’ ayat 32 yang bermaksud,
“Bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan bagi perempuan juga ada bahagian dari apa yang mereka usahakan”
Dalam ayat 7 Allah s. w. t berfirman yang bermaksud,
“Orang-orang lelaki ada bahagian pesaka dari peninggalan ibu-bapa dan kerabat dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pes aka dari peninggalan ibu-bapa dan kerabat, samada sedikit atau banyak dari hart a yang ditinggalkan itu, iaitu hart a yang ditinggalkan itu, iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah)”.
Tanpa perbezaan jantina, setiap orang Islam lelaki dan perempuan hendaklah beriman kepada Allah yang menurunkan aI-Quran yang merupakan sumber utama syariat Islam. Setelah itu menerima kebenaran para Rasul termasuk kerasulan Nabi Muhamad s.a.w. Penolakan kerasulan dan risalah yang dibawa oleh mereka adalah suatu penyelewengan dan pembohongan. Tuhan telah menghukum kaum Nabi Nuh yang menolak kerasulan. Allah berfirman dalam surah al-Furqan ayat 27 yang bermaksud:
“Dan (telah kami binasakan) kaum Nuh tatkala mereka mendustakan Nabi-Nabi. Kami tenggelamkan mereka dan kamijadikan (cerita) mereka itu pengaj aran bagi manusia”.
Kepercayaan kepada Allah s. w. t dan Rasul memberi erti supaya menghayati ayat-ayat yang terkandung dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Ajaran yang dibawa melalui rasul perlu dipatuhi keseluruhannya. Umat Islam dikehendaki menerima Islam sepenuhnya.