KAUM YAHUDI DAN MUNAFIK DI MADINAH
Ketika Rasulullah S.A.W. berhijrah ke Madinah dan menubuhkan kerajaan di sana, baginda telah menyusun beberapa rancangan dan strategi pemerintahan untuk memantapkan kerajaan pimpinan baginda. Seperti yang sering dijelaskan, bahawa langkah pertama yang diambil oleh baginda ialah menghubungkan tali persaudaraan dan persefahaman serta kerjasama di antara orang-orang Islam sendiri yang terdiri dari golongan ansar dan muhajirin.…