Perpaduan Mampu Jadikan Islam Kuasa Ekonomi, Politik

ISLAM adalah agama yang membawa rahmat dan menyeru umatnya supaya membuat kebajikan dan bersikap sederhana dalam sebarang tindakan. Matlamat ini seharusnya dihayati setiap umat Islam. Malangnya umat Islam hanya bersatu dari segi pendapat tetapi dari segi tindakan, mereka berpecah, menyebabkan perselisihan di kalangan umat Islam begitu ketara. Umat Islam mengutuk keganasan yang berlaku di arena…