Wali Hakim, Penyelesai Masalah Perkahwinan

Tiba-tiba sahaja masyarakat menumpukan perhatian kepada insan yang bernama wali hakim apabila isu pasangan yang telah berkahwin selama setahun dibatalkan perkahwinan mereka oleh kadi dengan alasan wali hakim yang mengahwinkan si isteri tidak layak menjadi walinya kerana dia mempunyai wali nasab, iaitu adik kandungnya sendiri (Utusan Malayia, 11 Feb. 2006). Pasangan berkenaan diarahkan berkahwin semula.…